• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ainul Mardhiah Diserang Sawan, Tahap Kesihatan Agak ‘Teruk’

oleh Mohd Arshad
09/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ainul Mardhiah Diserang Sawan, Tahap Kesihatan Agak ‘Teruk’
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kembali tidak stabil selepas diserang sawan beberapa kali sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan keadaan anaknya agak ‘teruk’ dan ini kali pertama Ainul terkena sawan yang berlaku antara empat ke lima kali dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Jelasnya, Ainul nampak sangat berbeza sekarang walaupun dia pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini.

“Tetapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur. Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan.

“Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan, badannya kaku dan saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang, saya sangat sayang dengan Ainul,” tulisnya di Facebook.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor masih berusaha merawatnya anaknya itu dan diminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik untuknya.

“Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan. Jauh di sudut hati, saya masih berharap keajaiban dari Allah S.W.T.

“Semoga Allah S.W.T izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik dan telah sedar sepenuhnya selepas hampir seminggu di rawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman.

Menurut bapanya, bacaan darah Ainul Mardhiah hampir normal semuanya manakala mesin ventilator sudah dimatikan serta banyak ubatan telah diberhentikan.

-Kosmo Online

Tags: Ainul MardhiahsawanTahap Kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Jatuh Laut Melalui Lubang Lantai Rumah Akibat Sawan

Wanita Jatuh Laut Melalui Lubang Lantai Rumah Akibat Sawan

22/08/2024
0

Sandakan : Seorang wanita berusia 34 tahun berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke laut melalui lubang lantai kediamannya di rumah atas...

Pemandu Wanita Diserang Sawan Langgar 7 Kenderaan, Seorang Pejalan Kaki

Pemandu Wanita Diserang Sawan Langgar 7 Kenderaan, Seorang Pejalan Kaki

09/05/2023
0

PONTIAN: Pemandu wanita yang diserang sawan melanggar 7 kenderaan dan seorang pejalan kaki di Jalan Permata 4, Pekan Nanas, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd