• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Dewan Negara Bahas Usul Kapal LCS Petang Ini

oleh Mohd Arshad
16/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ahli Dewan Negara Bahas Usul Kapal LCS Petang Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dewan Negara akan membahaskan usul berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pada persidangan petang ini, selepas ia mendapat persetujuan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rais berkata, usul yang dibawa Senator Lim Hui Ying itu akan dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) kerana ia memenuhi tiga syarat iaitu bersifat tertentu, berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.

“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati perkara ini adalah perkara tertentu, kedua ia adalah bagi kepentingan orang ramai kerana melibatkan kepentingan awam dan keselamatan negara. Perkara ini telahpun disebar luas.

“Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan. Mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3), usul ini akan dibahaskan petang ini dalam dewan ini. Saya membenarkan pihak pencadang untuk berbahas selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab selama tidak lebih daripada 30 minit,” katanya selepas sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Lim mengusulkan supaya persidangan Dewan Negara merundingkan perkara berhubung laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan perolehan LCS bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah Kementerian Pertahanan.

“Syarikat Boustead Novel Shipyard Sdn Bhd menerima kontrak kerajaan Malaysia dengan RM9.1286 bilion untuk membina enam kapal LCS dan lima daripada kapal itu perlu siap dihantar kepada TLDM pada Ogos 2022.

“Namun sehingga kini, tiada sebuah LCS disiapkan walaupun kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada syarikat tersebut malah kos projek itu juga melebihi kos asal sebanyak RM1.4 bilion,” katanya.

Lim berkata, usul tersebut perlu dibahaskan susulan laporan PAC turut mendedahkan pelbagai kepincangan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam keseluruhan projek perolehan LCS.

Pada 4 Ogos lepas, PAC mendedahkan tiada satupun LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntuk lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.

Pada 11 Ogos lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah melengkapkan kertas siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan LCS.

-Berita Harian

Tags: Dewan NegaraIsu Kapal LCSUsul Kapal LCS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd