• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

600 Ahli Warisan Keluar Beramai-Ramai

oleh Mohd Arshad
05/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
600 Ahli Warisan Keluar Beramai-Ramai
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lapan bahagian Parti Warisan (Warisan) di Perak terbubar apabila ketua penyelaras bersama 600 ahlinya bertindak keluar parti secara beramai-ramai selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wakilnya, Murad Abdullah berkata, bahagian berkenaan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Larut, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Beruas, Batu Gajah dan Teluk Intan.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melantik ‘orang luar’ sebagai pengerusi Warisan negeri dan perkara itu telah membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli.

“Tindakan presiden itu menunjukkan seolah-olah ahli-ahli Warisan di Perak tidak berkelayakan sedangkan pengerusi sedia ada pun tidak mempunyai asas politik yang kukuh untuk meyakinkan kami yang dia layak memegang jawatan itu.

“Kami sama sekali tidak menolak orang luar dari Perak untuk dilantik ke jawatan itu tetapi biarlah mereka merupakan tokoh daripada kepimpinan pusat atau lain-lain jawatan utama dalam parti,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Murad yang sebelum ini Penyelaras Warisan Bahagian Beruas berkata, hasrat bertemu dengan presiden parti untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu tersebut seolah-olah tidak dipedulikan.

Tambahnya, hala tuju parti berkenaan dilihat mengelirukan selain tidak mendapat sambutan.

“Kami merasakan perjuangan Warisan telah tersasar dan tidak sesuai lagi dengan pemikiran kami apabila Mohd Shafie sendiri mengeluarkan kenyataan yang Warisan akan bergabung dengan mana-mana parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan.

“Kami merasakan parti tersebut sudah tidak lagi mempunyai hala tuju yang jelas dalam visi perjuangannya sama ada bersama kerajaan sedia ada atau pembangkang,” katanya.

Kata Murad, mereka yakin Warisan gagal memperoleh sebarang kerusi sekiranya bertanding pada PRU15 tidak lama lagi.

-Sinar Harian

Tags: warisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd