• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,053 Perjawatan Tetap Tambahan KKM Diluluskan

oleh Mohd Arshad
16/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
4,053 Perjawatan Tetap Tambahan KKM Diluluskan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 4,053 permohonan membabitkan perjawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diluluskan hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, ia adalah jumlah penambahan jawatan tetap tertinggi pernah direkodkan sejak 2016.

“Kita telah membuat cadangan dan diterima oleh Kabinet supaya penambahan jawatan tetap dimulakan pada tahun ini dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 8,672 permohonan.

“Daripada jumlah itu, 8,052 calon hadir untuk temu duga. Calon yang diluluskan jawatan tetap adalah seramai 3,215 untuk pegawai perubatan, 438 bagi pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Khairy berkata, sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap setiap tahun ditawarkan kepada pegawai kontrak sejak dasar pengambilan secara kontrak dimulakan enam tahun lalu.

“Kita akan tentukan dasar nanti selepas bincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sama ada mereka yang tidak berjaya boleh memohon semula atau tidak pada tahun depan. Pandangan saya, eloklah untuk mereka dibenarkan berbuat demikian, namun kita akan berbincang dari segi peraturan dengan SPA,” katanya.

Mengulas kekecewaan pegawai perubatan yang gagal mendapat tempat, beliau berkata, pihaknya memberi jaminan akan memastikan mereka mendapat laluan kerjaya, insentif dan peluang untuk menyambung latihan di peringkat kepakaran.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 8,686 jawatan tetap tambahan membabitkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi akan diwujudkan di KKM sepanjang tempoh 2022 hingga 2025.

BHonline-

Tags: Khairy JamaluddinKKMlulusperjawatan tetap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd