• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO: RoS Belum Beri Keputusan

oleh Mohd Arshad
15/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO: RoS Belum Beri Keputusan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : UMNO mengesahkan parti itu belum menerima jawapan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, adalah menjadi hak jabatan itu untuk mengambil sedikit masa lagi bagi membuat keputusan.

“Sukacita ingin dinyatakan segala prosedur telah diikuti dan saya menanti dengan fikiran positif yang kelulusan akan diperoleh,” katanya dalam hantaran di Twitter sebentar tadi.

Semalam, Ahmad positif yang RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO yang dihantar parti itu pada 17 Mei lalu.

Ahmad berkata, ia adalah berdasarkan empat perkara kukuh yang membuatkan RoS tiada sebab tidak meluluskannya.

* Kronologi pindaan Perlembagaan UMNO

6 Ogos 2021: RoS mengesahkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan pada 7 Julai lalu adalah tidak sah.

9, 11 dan 18 Ogos 2021: Setiausaha Agung UMNO menyerahkan dokumen dan pernyataan tambahan kepada RoS.

30 Ogos 2021: RoS mengesahkan Umno tidak melanggar sebarang peraturan atau undang-undang apabila menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sehingga akhir tahun depan.

15 Mei 2022: Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU). Seramai 2,586 perwakilan bersetuju meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

17 Mei 2022: Setiausaha Agung UMNO menghantar surat berhubung pindaan perlembagaan parti kepada RoS.

24 Jun 2022 : Setiausaha Agung UMNO menghantar surat kepada RoS memaklumkan keputusan MT UMNO, enam hari sebelum tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 berakhir.

7 Julai 2022: RoS memaklumkan keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai 2022.

13 Julai 2022: RoS belum mengeluarkan keputusan berhubung permohonan UMNO meminda perlembagaan untuk mengadakan pemilihan parti, enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

15 Julai 2022: Setiausaha Agung UMNO positif RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO.

-Utusan Online

Tags: keputusanROSUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

19 Kematian Orang Kena Tahan Sejak Januari Lalu

Next Post

Rumah Bonda Dibuka Semula

Related Posts

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

Kes Rasuah ADUN Sabah: UMNO Beri Kepercayaan Kepada SPRM – Zahid

24/06/2025
0

KOTA KINABALU: UMNO memberikan kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengendalikan kes dua Ahli Dewan Undangan Negeri...

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

UMNO Belum Terima Usul Tarik Balik Penggantungan Keahlian Hishammuddin – Azalina

23/06/2025
0

SHAH ALAM: Semua UMNO Bahagian berhak menyuarakan usul dan pandangan masing-masing termasuk berhubung penarikan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin...

Next Post
Rumah Bonda Dibuka Semula

Rumah Bonda Dibuka Semula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd