• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Treler Rempuh Rumah, Pemandu Positif Dadah

oleh Mohd Arshad
17/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Treler Rempuh Rumah, Pemandu Positif Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan seorang pemandu sebuah treler muatan besi selepas didapati positif dadah pada Sabtu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, penahanan lelaki berusia 32 tahun itu dibuat setelah treler dipandunya terlibat kemalangan apabila merempuh sebuah rumah di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah treler 30 tan jenis Volvo yang membawa muatan besi guna semula dipandu lelaki berkenaan sedang bergerak dari arah Melaka menuju ke arah Sungai Pelek, Sepang seorang diri.

“Ketika di lokasi berbentuk mendaki bukit, treler tersebut dipercayai telah mengalami kerosakan pada bahagian enjin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, ia menyebabkan treler berkenaan berhenti secara tiba-tiba lalu menggeluncur ke belakang sehingga mengakibatkan bahagian ekor lori tergelincir ke kiri bahu jalan lalu merempuh sebuah rumah.

“Tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan pemandu treler telah dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: dadahpositif dadahrempuhtreler
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd