• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TNB Saran Pengguna Semak Maklumat Peribadi

oleh AK-47
23/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TNB Saran Pengguna Semak Maklumat Peribadi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai terutama yang pernah kehilangan dokumen peribadi untuk lakukan semakan di agensi perkhidmatan utiliti bagi mengelak identiti mereka disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ikuti Mynewshub: Telegram

TNB dalam kenyataan memaklumkan, pengguna aplikasi myTNB juga disarankan untuk menyemak akaun-akaun yang didaftarkan di bawah kad pengenalan mereka dan sekiranya tertera akaun yang tidak didaftarkan, pemilik disaran mengubungi agensi itu dengan segera.

“Semua akaun di bawah nombor kad pengenalan yang berdaftar sebagai pemegang akaun TNB akan disenaraikan secara automatik sebaik sahaja myTNB app dibuka. Sekiranya akaun yang menimbulkan syak muncul di myTNB, pelanggan boleh menghubungi TNB dengan kadar segera untuk semakan lanjut.

“Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun, pelanggan boleh menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Sementara itu TNB turut melahirkan rasa terkilan dengan laporan mengenai dakwaan kecurian identiti pengguna perkhidmatan itu seperti dilaporkan Sinar Harian pada Khamis.

“Semakan terperinci TNB mendapati akaun di bawah nama Chew Ee Liang yang bertempat di dua buah rumah kedai di Cheras, Kuala Lumpur, juga terlibat dengan penyambungan elektrik secara haram dan tuntutan berjumlah RM378,336.20 bagi tempoh antara September 2018 hingga Mei 2020.

“Kes ini telah difailkan di mahkamah dan Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan kes untuk tarikh perbicaraan terbaru.

“Pihak TNB memandang serius perkara ini dan akan mendapatkan penyelesaian yang terbaik bagi pengguna sekiranya terbukti beliau menjadi mangsa pihak ketiga yang menyalahgunakan dokumennya,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: maklumat peribadisemakTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd