• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Asas Tukar MB Kedah

oleh AK-47
21/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Asas Tukar MB Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Pas Kedah menafikan berlaku sebarang usaha bagi menggantikan Menteri Besar negeri itu yang kini disandang Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebaliknya akan mencadangkan agar beliau dikekalkan menjawat jawatan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Ahmad Yahaya berkata, sebarang tindakan menukar Muhammad Sanusi ketika ini, adalah tidak mempunyai asas selepas beliau berjaya memimpin pentadbiran negeri termasuk menarik begitu banyak pelaburan baharu ke Kedah.

Menurutnya, dakwaan bahawa terdapat usaha menukar Menteri Besar dengan pemimpin Pas lain dianggap hanya sekadar khabar angin dan dilakukan pihak yang cuba mencipta persepsi sahaja.

“Kami tidak pernah berbincang langsung isu menukar Menteri Besar dan saya tidak ada maklumat berhubung perkara itu. Jika dikait isu bencana di Baling sehingga mahu menukar Menteri Besar, kami melihat Muhammad Sanusi dan kerajaan negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh membantu rakyat di sana.

“Perkara ini tiada asas, yang ada cuma andaian yang dibuat. Maka yang berlaku timbul persepsi yang lebih kepada untuk hangatkan sembang-sembang di kedai kopi sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketika ini, timbul khabar angin dengan mendakwa Menteri Besar Kedah akan ditukar selepas dilihat gagal menguruskan bencana banjir yang berlaku di Baling sehingga dikatakan Muhammad Sanusi mengarahkan pejabatnya di Wisma Darul Aman dikemas.

Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan kepimpinan Pas Kedah akan terus mempertahankan Muhammad Sanusi yang mendapat perkenan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi menerajui negeri sejak Mei 2020.

“Saya sendiri turun beberapa kali ke lokasi bencana (di Baling) dan melihat penduduk tersenyum apabila menerima bantuan daripada pelbagai pihak terutama kerajaan, jadi bagaimana dikatakan prestasi Muhammad Sanusi menguruskan bencana tidak cekap.

“Dalam isu pelantikan Menteri Besar, apabila Pas memiliki nombor (bilangan kerusi) yang cukup, adalah menjadi hak Pas Pusat mencadangkan siapa berkelayakan menjadi Menteri Besar dan bukannya pihak lain,” katanya.

Dalam kejadian bencana 4 Julai lalu, seramai lebih 800 penduduk di Kupang yang terjejas selepas berlakunya banjir dan kepala air Gunung Inas yang turut menyebabkan tiga nyawa terkorban.

-Harian Metro

Tags: mbMB Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd