• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TI-Malaysia Gesa Kerajaan Umum Hasil Siasatan Kebocoran Data

oleh Mohd Arshad
01/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
TI-Malaysia Gesa Kerajaan Umum Hasil Siasatan Kebocoran Data
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan membenarkan pendedahan telus mengenai siasatan polis terhadap isu kebocoran data peribadi rakyat Malaysia sejak Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden TI-Malaysia, Muhammad Mohan, berkata pihaknya juga mahu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab untuk jenayah berkenaan dengan memaklumkan kepada masyarakat mengenai perancangan dibuat ketika ini.

Katanya, ia bertujuan untuk terus mencegah penjualan data milik masyarakat dan untuk melindunginya daripada berhadapan ancaman yang sama pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, kerajaan ketika ini seperti tidak mempunyai jawapan untuk isu yang penting ini. Namun kerajaan tetap perlu bertanggungjawab kepada rakyat atas kegagalan melindungi data kami,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad berkata, TI-M amat bimbang dengan kelemahan keselamatan digital bagi data peribadi rakyat Malaysia.

Katanya, Mei lalu, media melaporkan terdapat pangkalan data yang ditawarkan untuk dijual mengandungi set data milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merangkumi data rakyat Malaysia yang lahir antara 1940 hingga 2004 dengan harga permintaan sebanyak AS$10,000.

“Ketika itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan bahawa set data itu bukan dari pangkalan data JPN.

“Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga memaklumkan bahawa kebocoran data itu tidak akan dapat mempengaruhi keselamatan negara kerana kementeriannya mempunyai sistem untuk mencegah keadaan seperti itu.

“Katanya, agensi perisik yang berkaitan pula bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku daripada kebocoran data, walaupun beliau tidak menjelaskan mekanisme khusus yang boleh mencegah data daripada disalahgunakan,” katanya.

Beliau berkata, awal Jun pula berdasarkan laporan media, pakar keselamatan siber mendedahkan data peribadi pekerja yang terbabit dalam pendaftaran Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Katanya, antara fail dijumpai ialah lampiran yang sepatutnya diserahkan syarikat kepada MITI melalui sistem PIKAS.

“Lampiran yang dimaksudkan mempunyai nama, nombor kad pengenalan, identiti pekerja, umur, jantina dan nombor telefon kakitangan syarikat tersebut,” katanya.

Muhammad berkata, 13 Jun lalu, sebuah portal berkongsi berita mengenai laman sesawang OpenSource Intelligence Tool (OSINT) yang didakwa menjual data JPN dan MySejahtera secara dalam talian.

Katanya, pengguna yang melaporkan OSINT ke pihak media memaklumkan bahawa data berkenaan tersedia untuk pembelian serendah RM6.63 dan menawarkan pilihan kepada pemegang saham untuk menghapus butiran mereka dari pangkalan data untuk harga tertentu.

“Kedua-dua insiden ini bukanlah isu baharu. Media sering kali melaporkan berita mengenai kebocoran data, risiko perlindungan data peribadi dan akhirnya, menuntut jawapan daripada kerajaan tentang bagaimana data awam diuruskan.

“Ironinya tuntutan kita untuk ketelusan dibalas dengan kerahsiaan, sementara data peribadi kita jelas tersedia secara telus untuk dipilih,” katanya.

Beliau berkata, kelmarin Hamzah mengumumkan bahawa hanya 44 agensi berkaitan kerajaan yang akan dibenarkan mengakses data peribadi rakyat Malaysia daripada pangkalan data JPN.

“Adakah tindakan ini sudah terlambat seperti nasi telah menjadi bubur?” katanya.

-Berita Harian

Tags: gesaHasil Siasatan Kebocoran DataTI-Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

MITA Gesa Kerajaan Umum SOP Kemasukan Pelancong China

MITA Gesa Kerajaan Umum SOP Kemasukan Pelancong China

03/01/2023
0

SERDANG : Majlis Pelancongan Malaysia menggesa kerajaan untuk mempercepatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi kemasukan pelancong dari China bermula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd