• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

oleh Mohd Arshad
04/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Dua penduduk terbunuh, tiga cedera, manakala 92 lagi melarikan diri ke Thailand apabila pesawat pejuang tentera Myanmar mengebom sebuah perkampungan yang terletak beberapa ratus kilometer dari sempadan kedua-dua negara, lapor laman berita Thaiger semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pada Jumaat malam itu, pesawat tentera Myanmar dikatakan tidak sengaja mengebom perkampungan di negeri Karen tersebut selepas menyasarkan sebuah pos militia Karen.

Bom itu bagaimanapun jatuh di tengah kampung tersebut. Serangan tersebut menyebabkan 92 penduduk melarikan diri ke Thailand dengan kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak.

Penduduk kampung yang terkandas dilaporkan terpaksa menyeberangi sungai menuju ke daerah Phop Phra dalam wilayah Tak, barat Thailand.

Mangsa yang cedera dibawa menyeberangi sungai menggunakan bot untuk mendapatkan rawatan di hospital Phop Phra dengan kebenaran pihak berkuasa Thailand.

Kejadian itu berlaku sehari selepas sebuah lagi jet pejuang milik tentera Tatmadaw dikesan terbang di sekitar Phop Phra sebelum menceroboh ruang udara Thailand.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata, tentera Myanmar telah memohon maaf atas keadaan itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘bukan masalah besar’.

Tentera Myanmar berkata, tindakan itu adalah tidak disengajakan dan pesawat pejuangnya hanya terbang dalam satu jarak yang dekat di ruang udara Thailand.

Sebilangan aktivis hak asasi manusia mengkritik kerajaan Thailand atas tindak balas bersahaja terhadap pencerobohan tentera Tatmadaw.

Ketua Setiausaha pertubuhan demokrasi Campaign for Popular Democracy Thailand, Metha Matkhao mencadangkan supaya kerajaan mengisytiharkan zon larangan terbang di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar.

Beliau turut menyeru kerajaan Thailand agar tidak menunjukkan sokongan terhadap penindasan Myanmar ke atas kumpulan etnik minoriti.

Kosmo-

Tags: BomKampungTentera Myanmar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Nafi Kegiatan Culik Budak Untuk Jual Organ

Next Post

Kelar Isteri, Bayi Sebelum Melarikan Diri Dalam Keadaan Berbogel

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

Next Post
Kelar Isteri, Bayi Sebelum Melarikan Diri Dalam Keadaan Berbogel

Kelar Isteri, Bayi Sebelum Melarikan Diri Dalam Keadaan Berbogel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd