• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tikam Bekas Kekasih Serah Diri

oleh Mohd Arshad
30/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suspek Tikam Bekas Kekasih Serah Diri
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menikam bekas kekasihnya di Jalan Tun Sri Lanang di sini, petang semalam menyerah diri kepada polis, sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki berusia 22 tahun itu tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sejurus kejadian sepasukan polis telah membuat serbuan ke rumah suspek, namun, lelaki itu dipercayai melarikan diri keluar dari negeri ini.

Katanya, suspek bagaimanapun menyerah diri selepas dipujuk ahli keluarganya.

“Ketika serbuan di rumahnya, kita merampas baju dipercayai dipakai suspek ketika kejadian dan memaklumkan kes tersebut kepada ahli keluarganya. Petang tadi, suspek tampil menyerah diri di IPD Melaka Tengah,” katanya ketika dihubungi.

Hari ini, Utusan Online melaporkan, polis memburu seorang lelaki dipercayai menikam bekas kekasihnya menggunakan pisau dan mencederakan rakan mangsa di kaki lima, Jalan Tun Sri Lanang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa, 23, mengalami kecederaan parah di tangan dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka manakala rakannya 25 tahun cedera di telinga.

UtusanOnline-

Tags: bekas kekasihserah diritikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Dendam Terhadap Bekas Kekasih Dipercayai Punca Letupan IED

Dendam Terhadap Bekas Kekasih Dipercayai Punca Letupan IED

03/01/2026
0

NILAI: Suspek utama yang dikaitkan dengan letupan membabitkan bahan letupan buatan sendiri (IED) pada 22 Disember lalu dipercayai menghasilkan peranti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd