• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Nafi Bella Jadi Mangsa Amang Seksual

oleh Mohd Arshad
20/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Saksi Nafi Bella Jadi Mangsa Amang Seksual
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini manafikan remaja perempuan sindrom Down, Bella menjadi mangsa amang seksual sebelum penjagaan sementara diberikan kepada Siti Bainun Ahd Razali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penolong Pegawai JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, menafikan perkara itu selepas tidak bersetuju dengan cadangan pihak peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor yang mengatakan Bella dijaga Siti Bainun kerana berlaku amang seksual sebelum itu.

Nur A’minahtul: Encik Imran patut tahu apa yang berlaku pada Bella sebelum diserahkan kepada Bainun sebelum dan selepas?

Mohamad Imran: Betul

Nur A’minahtul: Ini cadangan kepada pembelaan ya, Encik Imran telah diceritakan oleh Siti Bainun bagaimana keadaan Bella apabila duduk dengan Siti Bainun sepanjang tiga bulan perintah jagaan sementara? Betul?

Mohamad Imran: Setuju

Nur A’minahtul: Antara lainnya Encik Imran dimaklumkan Bella telah menjadi mangsa amang seksual? Betul?

Mohamad Imran: Tidak betul

Dalam pada itu Saksi Pendakwaan ke-12 itu tidak bersetuju bahawa individu yang melakukannya (amang seksual) seorang dipanggil ustaz ataupun ‘pakcik’ sebelum Bella dijaga Siti Bainun.

Selain itu, saksi juga tidak bersetuju cadangan soalan peguam bahawa Siti Bainun concern (prihatin) dan Bella suka bercakap tentang perkahwinan dan sarung cincin.

Tambah saksi itu, tiada dalam pengetahuannya Bella akan menutup kemaluan dengan menggunakan kedua-dua tangan apabila melihat individu seakan-akan ‘pakcik’.

Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias mengenai isu dibangkitkan (amang seksual) pihak pembelaan dan tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu, saksi tersebut menjawab dia terkejut dengan soalan berkenaan.

“Saya terkejut dan ini merupakan kali pertama saya dengar daripada pihak peguam,” kata saksi itu.

-Kosmo Online

Tags: amang seksualBellaKes BellaMangsanafisaksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd