• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Wanita Mangsa Kes Rogol Turut Ditahan

oleh AK-47
27/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Rakan Wanita Mangsa Kes Rogol Turut Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Pangkor : Seorang remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa yang didakwa dirogol enam lelaki pada 18 Julai lalu, turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, remaja itu ditahan dalam tempoh yang sama dengan enam suspek lelaki, menjadikan keseluruhan suspek ditahan berhubung kes itu adalah seramai tujuh orang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semua suspek kes masih ditahan dan pihaknya juga masih menunggu arahan lanjut daripada pihak pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk proses seterusnya.

“Kita turut menahan remaja perempuan yang juga rakan kepada mangsa yang membawa suspek lelaki berjumpa dengan mangsa.

“Kita sudah serahkan kertas siasatan kepada TPR dan diminta untuk mengambil beberapa tindakan. Kita akan merujuk semula kertas siasatan kepada pihak TPR untuk arahan pertuduhan,” katanya pada Majlis Perasmian Balai Polis Pulau Pangkor, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Media sebelum ini melaporkan, enam lelaki termasuk remaja terbabit ditahan selepas didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah, 18 Julai lalu.

Semua suspek berkenaan ditahan di sekitar Ipoh susulan laporan polis dibuat ibu mangsa selepas menemui anak perempuannya itu dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan berhubung kes rogol remaja perempuan berusia 14 tahun membabitkan penceramah bebas yang ditahan di Selangor, 18 Julai lalu, Mior Faridalathrash berkata, siasatan akan dilakukan selepas suspek itu diserahkan kepada pihaknya.

“Difahamkan, suspek masih ditahan di Kuala Lumpur dan mungkin selepas siasatan (selesai) akan dibawa ke Perak untuk kita menjalankan siasatan,” katanya.

Untuk rekod setakat ini, empat kertas siasatan sudah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu yang sama.

-Harian Metro

Tags: kes rogolMangsarakanTahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerosakan Pencawang Masuk Utama Yong Peng Punca Gangguan Elektrik

Next Post

Graduan Kelas Pertama Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman PTPTN – PM

Related Posts

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

Derita 11 Tahun: Bapa Disyaki Rogol 2 Anak Sejak Umur 5, 6 Tahun

21/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu. Majistret...

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

Bapa Enggan Ikat Jamin Anak Mengaku Rogol Kenalan Lebih 16 Kali

09/06/2025
0

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Next Post
Graduan Kelas Pertama Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman PTPTN – PM

Graduan Kelas Pertama Tak Perlu Bayar Balik Pinjaman PTPTN - PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd