• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Tampil Buat Laporan Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji Tidak Wujud

oleh Mohd Arshad
11/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pesara Tampil Buat Laporan Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji Tidak Wujud
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Seorang pesara tampil membuat laporan polis terhadap sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji yang tidak wujud sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM38,000, Selasa lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintenden M. Zamri Mahmud berkata, pesara berusia 62 tahun tampil membuat laporan polis selepas agensi pelancongan tersebut gagal menguruskan pakej hajinya.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah membuat bayaran pertama sebanyak RM3,000 pada 3 Jun dan turut melakukan bayaran penuh menerusi transaksi kedua sebanyak RM35,000 ke dalam akaun atas nama agensi pelancongan tersebut.

“Mangsa mendakwa, agensi tersebut gagal menempah tiket penerbangan dan memberikan pelbagai alasan menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lalu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Zamri berkata, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dibuka dan pihaknya kini sedang giat mengesan suspek.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemilihan pakej haji dan memilih agensi pelancongan yang berkeupayaan untuk melaksanakannya,” ujarnya.

Selasa lalu, hasrat lebih 380 jemaah haji menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci tidak kesampaian apabila mereka terkandas di KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan kesemua bakal jemaah itu yang datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan pasport.

-Utusan Online

Tags: agensi pelanconganHajiKes Tipu Pakej HajilaporanPakej Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Covid-19 (11 Julai): 3,264 Kes Baru, 70 Peratus Di Lembah Kelang

Next Post

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

Next Post
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd