• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peningkatan Kes, K’jaan Tidak Bercadang Tutup Sektor Ekonomi: PM

oleh AK-47
11/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peningkatan Kes, K’jaan Tidak Bercadang Tutup Sektor Ekonomi: PM
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan tidak bercadang menutup kembali sektor ekonomi seperti sebelum ini, walaupun berlaku peningkatan kes positif Covid-19 sejak awal bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah paling penting perlu diambil rakyat ketika ini adalah untuk terus mengamalkan kawalan kendiri selain mengambil dos penggalak bagi melindungi diri masing-masing.

“Setakat hari ini, kehidupan seperti biasa… tiada perancangan kerajaan untuk menutup sektor ekonomi dan sebagainya.

“Jadi kehidupan kita akan dilalui seperti biasa, seperti yang ada hari ini, cuma kitalah yang perlu mengambil tindakan utk melindungi diri kita,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Qurban Perdana Parlimen Bera 2022 di Masjid Darul Fikri, Bera, Pahang, hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 3,264 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 35,882, meningkat 27.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes tertinggi terus dicatatkan di sekitar lembah Kelang yang menyaksikan hampir 70 peratus kes baru dengan Selangor 1,326 kes.

Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,811 kematian akibat Covid-19 direkodkan dengan dua kematian semalam, masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai punca peningkatan kes positif Covid-19, Ismail memberitahu perkara itu disebabkan sub varian baharu.

“Dulu (sub varian) ada BA1, BA2 (sekarang) BA5 dan kita bimbang kalau ada jangkitan, sebab itulah saya nasihatkan kalau ada majlis korban seperti ini, walaupun diadakan di luar seperti kawasan terbuka tidak memerlukan (pemakaian) pelitup muka, orang ramai boleh ambil inisiatif sendiri.

“Bila terlalu ramai (berkumpul), kita jangan duduk terlalu rapat dan sebagainya,” katanya.

Ismail turut menasihatkan kira-kira tujuh juta lagi rakyat belum mengambil suntikan dos penggalak supaya segera mendapatkan suntikan itu.

“Saya difahamkan ada kira-kira tujuh juta lagi rakyat Malaysia belum mengambil dos penggalak, jadi mana yang belum ambil ‘booster’ walaupun tiada paksaan, namun bagi mencegah daripada varian-varian baru ini yang mudah merebak ini, untuk ambil tindakan proaktif bagi melindungi diri kita dan keluarga,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Covid-19kes COVID-19pmsektor ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd