• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Kit Diagnostik, Rawatan Hepatitis C Diperluas Ke Klinik Kesihatan

oleh Mohd Arshad
28/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penggunaan Kit Diagnostik, Rawatan Hepatitis C Diperluas Ke Klinik Kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Program saringan dan rawatan Hepatitis C di seluruh negara dimantapkan dengan mempertingkatkan penggunaan kit diagnostik pantas lebih mudah, murah dan cepat yang boleh diperoleh di fasiliti kesihatan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, akses kepada rawatan Hepatitis C juga akan diperluaskan iaitu bukan hanya diberikan di hospital, tetapi juga di klinik kesihatan sedia ada.

Beliau berkata, kini terdapat lebih 300 fasiliti kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan Hepatitis C sejak tahun 2017 dan dijangka diperluaskan dengan melibatkan lebih banyak klinik kesihatan yang mempunyai pakar perubatan keluarga.

“Selain itu, saringan Hepatitis C oleh pekerja kesihatan komuniti atau petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan Majlis AIDS Malaysia (MAM) juga dilaksanakan khususnya untuk meningkatkan saringan dalam kalangan populasi utama.

“Pada Jun 2021, kerajaan meluluskan penggunaan produk Tablet 200mg ubat Ravidasvir Hydrochloride 200mg (Ravida®), yang digunakan secara kombinasi dengan ubat lain untuk merawat jangkitan virus Hepatitis C kronik (HCV) dalam kalangan orang dewasa,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, sejak tahun 2017, dianggarkan lebih 13,000 pesakit menerima rawatan direct-acting antiviral (DAA) dan kajian berterusan akan terus dilakukan bagi memantapkan program ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan Foundation for Innovative New Diagnostics (FIND) sedang menjalankan kajian untuk meninjau keberkesanan rawatan DAA dalam tempoh yang lebih pendek iaitu lapan minggu berbanding 12 minggu.

Menurutnya, kajian untuk meneroka kesesuaian saringan Hepatitis C kendiri yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia juga kini berada di peringkat akhir.

Jelasnya lagi, bersempena sambutan Hari Hepatitis Sedunia tahun ini, KKM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan hidup yang sihat untuk mengelakkan risiko mendapat jangkitan hepatitis atau risiko untuk menjangkiti orang lain.

“Orang ramai terutama mereka yang berisiko adalah dinasihatkan tidak menunggu atau berlengah lagi untuk menjalani ujian saringan,” katanya.

Khairy berkata, di Malaysia, kadar notifikasi kes Hepatitis B pada tahun 2021 menurun kepada 11.6 orang bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding dengan 12.2 orang pada 2015.

Katanya, kadar notifikasi kematian Hepatitis B pula meningkat dari 0.13 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2015 kepada 0.16 pada tahun 2021.

“Bagi Hepatitis C pula, kadar notifikasi kes baharu dan kematian meningkat daripada 6.9 dan 0.19 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2015 kepada 8.59 dan 0.27 pada tahun 2021.

“Peningkatan kes baru Hepatitis C adalah susulan meningkatnya kesedaran orang ramai untuk menjalani ujian saringan terutamanya dalam kalangan individu berisiko,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Hepatitis CKhairy Jamaluddinklinik kesihatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd