• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse Mengaku Tidak Salah

oleh Mohd Arshad
22/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse Mengaku Tidak Salah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik yang menyentuh sensitiviti kaum melalui tiga laman sosial iaitu Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman sosial Facebook, Instagram dan aplikasi TikTok miliknya menggunakan nama profil masing-masing ‘Rizal van Geyzel’, dan rizalvangeysel pada 4, 5 dan 6 Julai.

Ketiga-tiga hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 13 Julai lalu.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM12,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran berkaitan prosiding kes di media sosial.

Tarikh 19 Ogos ini ditetapkan sebutan semula kes. Difahamkan OKS akan membayar jumlah ikat jamin itu hari ini.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman manakala Mohd. Rizal diwakili peguam Ramkarpal Singh.

Terdahulu pada 14 Julai lalu, media melaporkan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini.

-Kosmo Online

Tags: kelab komedi crackhouseMengaku Tidak SalahPengasas Bersama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Crackhouse ‘Tidak Jadi’ Cabar Tindakan DBKL Tarik Balik Lesen Perniagaan

Crackhouse ‘Tidak Jadi’ Cabar Tindakan DBKL Tarik Balik Lesen Perniagaan

23/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kelab komedi Crackhouse tidak berhasrat meneruskan proses undang-undang untuk mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa...

Pengasas Kelab Komedi Crackhouse Ditahan

Pengasas Kelab Komedi Crackhouse Ditahan

14/07/2022
0

PETALING JAYA: Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita didakwa menghina agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd