• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Berdepan Hukuman Mati Dakwaan Bunuh Kekasih

oleh Mohd Arshad
04/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penganggur Berdepan Hukuman Mati Dakwaan Bunuh Kekasih
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Seorang penganggur berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan yang juga kekasihnya di Pandamaran, 26 Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tiada pengakuan direkodkan daripada Lee Wei Shen, 24, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid. Bagaimanapun tertuduh yang memakai baju hitam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, Wei Shen didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Idaman, Pandamaran, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 3.40 pagi pada 26 Jun lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi memohon tempoh bagi penyediaan laporan toksikologi, kimia, forensik dan bedah siasat. Wei Shen yang masih bujang bagaimanapun tidak diwakili peguam.

Amirul Asyraf membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 7 September ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, hubungan cinta seorang pelajar perempuan dengan penganggur berakhir dalam keadaan tragis apabila mati ditekup menggunakan bantal oleh kekasihnya sendiri.

Kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku selepas mangsa dibawa lelaki berkenaan ke rumah dengan menaiki Perodua Myvi. Ia terbongkar apabila suspek mengetuk pintu bilik tidur ibu bapanya selepas mengangkat mangsa dari biliknya ke halaman rumah tersebut.

Siasatan mendapati mangsa tinggal di Puchong bersama bapa saudaranya selepas ibu bapanya bercerai. Suspek dan mangsa dipercayai telah bercinta selama setahun dan diketahui antara keluarga masing-masing.

Berdasarkan siasatan awal, berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa di bilik tidur dan lelaki itu pernah membawa mangsa ke rumahnya beberapa kali sebelum ini.

-Utusan Online

Tags: bunuh kekasihhukuman matiPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

17/11/2025
0

DHAKA: Mahkamah di Dhaka, hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina, atas tuduhan...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd