• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Didakwa Sebabkan Kematian Suami Isteri OKU

oleh AK-47
14/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pekerja Kilang Didakwa Sebabkan Kematian Suami Isteri OKU
Share on FacebookShare on Twitter

Jasin : Pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jasin, di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu Perodua Myvi secara melulu sehingga menyebabkan kematian pasangan orang kurang upaya (OKU), Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Amirul Anwar Mohamed Jelani, 24, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Siti Khairiah Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu sebuah kenderaan di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian terhadap Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 46.

Kesalahan dilakukan tertuduh di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, kira-kira jam 7.45 pagi, pada 6 Jun 2022.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM50,000.

Terdahulu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, memohon jaminan RM30,000 diberikan kepada tertuduh serta lesen digantung sepanjang perbicaraan berlangsung.

Peguam Mohd Fadzullah Ramlee, yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan jumlah itu terlalu tinggi selain dia menanggung ibu bapa yang sudah berusia.

Katanya, keluar lewat malam bukan budaya anak guamnya selain ia berkemungkinan kesalahan tidak jangka.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin dan lesen memandunya digantung selain sebutan semula kes pada 29 Ogos depan.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan suami isteri maut selepas motosikal dinaiki dirempuh Perodua Myvi yang dipercayai dipandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Serkam Pantai.

Kejadian pada 7.45 pagi itu mengakibatkan mangsa Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, yang menaiki motosikal Yamaha Ego maut di lokasi kejadian akibat parah.

-Harian Metro

Tags: OKUPekerja KilangSuami Isteri OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Pengisar Batu

07/10/2025
0

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam mesin pengisar batu dalam kejadian di sebuah kilang memproses tar jalan raya di...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd