• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Awam Dakwa Jumpa Wanita Mirip Zalina

oleh AK-47
20/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Orang Awam Dakwa Jumpa Wanita Mirip Zalina
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Tiada laporan polis diterima berhubung penemuan bekas personaliti TV3, Zalina Azman walaupun terdapat dakwaan orang awam melihat wanita itu sekitar kawasan Shah Alam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan tiada laporan diterima daripada pihak yang membuat dakwaan berkenaan.

“Pihak polis tidak menerima sebarang laporan polis oleh orang awam selepas hebahan dibuat,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media, hari ini.

Sejak hebahan kehilangan wanita itu dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, beberapa hantaran orang awam di media sosial yang mendakwa terjumpa dengan wanita mirip bekas hos Money Matters itu di beberapa lokasi sekitar Shah Alam seperti Seksyen 3, Seksyen 9 juga Seksyen 24.

Antara dakwaan yang tular di media sosial, seorang pemilik sebuah restoran di Seksyen 9 yang mendakwa seorang wanita mirip Zalina datang ke restorannya Ahad lalu dalam keadaan tidak sihat dan menggigil ketakutan ketika membuat pesanan makanan.

Seorang lagi orang awam mendakwa melihat kelibat Zalina di sekitar kawasan restoran makanan segera di Seksyen 3 di sini, yang hanya berjalan kaki membawa beg pakaian dan makanan.

-Harian Metro

Tags: miriporang awamZalina Azman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Udara Di Khartoum Membunuh 20 Orang Awam

Serangan Udara Di Khartoum Membunuh 20 Orang Awam

03/09/2023
0

WAD MADANI (Sudan): Penduduk Khartoum terjaga hari ini akibat tembakan meriam dan roket, beberapa jam selepas serangan udara di selatan...

Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Awam Minum Ditahan

Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Awam Minum Ditahan

07/02/2023
0

Seremban : Polis menahan seorang pemandu lori dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja bahagian luar sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd