• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malawi Tuntut Firma AS Bayar Cukai RM1.3 Trilion

oleh Mohd Arshad
31/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malawi Tuntut Firma AS Bayar Cukai RM1.3 Trilion
Share on FacebookShare on Twitter

LILONGWE – Malawi menuntut cukai tidak berbayar berjumlah lebih AS$300 bilion(RM1.33 trilion) daripada firma Amerika Syarikat(AS), Columbia Gem House melibatkan mineral yang dilombong di Malawi dan dieksport ke AS.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sepucuk surat bertarikh 26 Julai daripada Peguam Negara Malawi, Thabo Chakaka Nyirenda kepada Columbia Gem House menuduh firma itu mengelak cukai berhubung permata delima dan nilam yang dikeluarkan dari Lombong Chimwadzulo di Ntcheu, Malawi dari tahun 2008.

Dalam satu wawancara bersama agensi berita AFP kelmarin, Nyirenda mengesahkan bahawa beliau yang menulis surat itu.

“Saya sahkan, surat itu daripada saya,” katanya.

Dalam surat berkenaan, Nyirenda menuduh Nyala Mines Limited yang merupakan anak syarikat Columbia Gem House, membayar cukai hanya AS$600 (RM2,670) merangkumi pendapatan AS$24 bilion (RM106.8 bilion) hasil operasi lombongnya di Malawi.

Nyirenda menuntut Columbia Gem House membayar kerajaan Malawi AS$309,600,000,000 (RM1,377,874,800,000) dalam bentuk cukai.

“Nyala Mines dan Columbia Gem House melanggar undang-undang apabila gagal mendedahkan semua pendapatan daripada pelaburan mereka di Malawi,” demikian menurut surat berkenaan.

Nyirenda menyatakan bahawa Malawi boleh meminta untuk mendakwa Nyala Mines dan Columbia Gem House serta pegawai mereka bersama sesiapa yang terlibat dalam perbuatan mengelak cukai atau penipuan eksport.

“Kamu (Columbia Gem House) secara tidak jujur menukar nama syarikat perlombongan kepada Nyala Mines Limited bagi menyembunyikan asal usul syarikat tersebut,” kata Nyirenda dalam suratnya.

Beliau menuduh kedua-dua Nyala Mines dan Columbia Gem House secara jujur mengeksport batu dilema dan nilam secara tidak jujur dan mengaut keuntungan berganda dengan tidak membayar cukai serta royalti yang diwajibkan.

-Kosmo Online

Tags: ASCukaiFirmaMalawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

9 Anggota Polis Ditahan Peras Ugut Ahli Perniagaan

Next Post

UniSZA Terima 1,845 Pelajar Baharu Bermula 1 Ogos

Related Posts

AS Yakin Gencatan Senjata Di Gaza Akan Bermula Ahad Ini – John Kirby

AS Yakin Gencatan Senjata Di Gaza Akan Bermula Ahad Ini – John Kirby

17/01/2025
0

WASHINGTON - Penasihat komunikasi keselamatan negara White House, John Kirby bersuara mengenai perjanjian gencatan senjata dan kelewatan saat akhir dalam...

Trump Mungkin Tuntut Terusan Panama Dikembalikan Kepada AS

Trump Mungkin Tuntut Terusan Panama Dikembalikan Kepada AS

22/12/2024
0

WEST PALM BEACH : Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak menolak kemungkinan akan menuntut kembali kawalan terhadap Terusan...

Next Post
UniSZA Terima 1,845 Pelajar Baharu Bermula 1 Ogos

UniSZA Terima 1,845 Pelajar Baharu Bermula 1 Ogos

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd