• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembah Klang, Beberapa Negeri Alami Gangguan Elektrik

oleh AK-47
27/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lembah Klang, Beberapa Negeri Alami Gangguan Elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

Gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa negeri dan Lembah Klang hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan gangguan berlaku sejak jam 12.39 tengah hari melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

TNB berkata antara kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras dan Bangi di Selangor, Bayan Lepas dan Seberang Jaya Pulau Pinang dan Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang.

“Bagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut TNB punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” jelasnya.

Terdahulu, pengguna memberitahu Malaysiakini gangguan bekalan eletrik berlaku di banyak tempat di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut wartawan yang bertugas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, bangunan itu turut mengalami gangguan bekalan.

Beberapa pengguna media sosial juga memaklumkan bekalan elektrik terputus di Kota Bharu, Kelantan; Butterworth di Pulau Pinang dan Alor Setar di Kedah.

Gangguan yang sama turut dilapor berlaku di beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Perak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam reaksi segeranya melaporkan, lampu isyarat di sekitar bandar raya itu tidak berfungsi atau mengalami gangguan.

Justeru, kata DBKL, pengguna jalan raya diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

“Petugas Warden Trafik DBKL telah diarah untuk mengawal serta mengawasi trafik di jalan-jalan utama,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Gangguan ElektrikLembah KlangTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd