• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Mungkin Kembali Kompaun Individu Langgar SOP Covid-19

oleh Mohd Arshad
08/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Mungkin Kembali Kompaun Individu Langgar SOP Covid-19
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi peringatan bahawa penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 mungkin dikembalikan memandangkan kian ramai yang dilihat tidak mematuhinya.

Dengan gelombang jangkitan baru wabak itu telah menular di negara ini, Khairy mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP Covid-19, termasuk memakai pelitup muka di kawasan tertutup.

“Kita tengok dalam banyak keadaan, di mana walau di kawasan tertutup seperti dalam bangunan, sudah ramai yang mula tak pakai pelitup muka.

“Saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup masih wajib, cuma sejak 17 April kita sudah tidak keluarkan notis kompaun,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dia berkata ini kerana kerajaan memutuskan untuk mengutamakan pemerkasaan komuniti dan kebertanggungjawaban individu, sejajar dengan fasa peralihan ke endemik.

“Namun, jika kes terus meningkat dan dengan mendadak, Kementerian Kesihatan tidak menolak untuk menguatkuasakan semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) terutama terhadap mereka yang enggan pakai pelitup muka di tempat tertutup,” katanya lagi.

Sidang media hari ini diadakan untuk memaklumkan bahawa terdapat gelombang baru penularan Covid-19 di Malaysia, dengan bilangan kes baru harian meningkat sebanyak 31 peratus pada minggu epidemik yang lalu, berbanding minggu sebelumnya.

[Berita lanjut menyusul]

MalaysiaKini-

Tags: Covid-19KKMkompaunSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd