• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Sorok Minyak Masak Diserbu KPDNHEP

oleh AK-47
07/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kilang Sorok Minyak Masak Diserbu KPDNHEP
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban : Sebuah kilang memproses makanan di Sikamat, di sini, dikesan mengambil kesempatan menyorok minyak masak paket bersubsidi ketika isu kekurangan bekalan bahan berkenaan semakin kritikal.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Susulan risikan dilakukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, satu serbuan dijalankan di premis berkenaan, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan Abd Muis Shamsudin berkata, pemeriksaan di premis berkenaan menerusi Ops ATM dan Ops Anti Sorok menemui 612 kilogram minyak masak paket bersubsidi.

“Anggota penguatkuasa kami menjalankan pemeriksaan di sebuah kilang memproses makanan di Sikamat dan menemui sebanyak 612 kg minyak masak paket bersubsidi dan 5 tong minyak masak di dalam premis berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan minyak masak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, premis itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kesemua minyak disita untuk tujuan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,625,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan terus menjalankan operasi seumpama bagi membanteras dan menggempur aktiviti menyorok barang kawalan dan memastikan keberadaan bekalan terutama barang makanan sentiasa mencukupi serta mudah diperoleh pengguna pada harga berpatutan.

-Harian Metro

Tags: kilangKPDNHEPMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Jalani Hukuman Gantung Di Singapura

Next Post

Pemandu Lori Rempuh 12 Kenderaan Diberkas

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

Next Post
Pemandu Lori Rempuh 12 Kenderaan Diberkas

Pemandu Lori Rempuh 12 Kenderaan Diberkas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd