• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Syed Saddiq: Gobind, Pegawai SPRM Bertikam Lidah Kerana Muhyiddin

oleh AK-47
20/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kes Syed Saddiq: Gobind, Pegawai SPRM Bertikam Lidah Kerana Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

Pasukan peguam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhujah bahawa SPRM tidak dapat menyiasat sebarang dakwaan salah laku oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun pegawai penyiasat SPRM Syahmeizy Sulong menafikan dakwaan itu dan berkata tindakan dibuat berdasarkan laporan dan arahan pegawai atasan.

Peguam Gobind Singh Deo juga bertikam lidah dengan Syahmeizy yang menjadi saksi pendakwaan ketika perbicaraan dakwaan penyelewengan RM1.2 juta dana Pemuda Bersatu (Armada) terhadap Syed Saddiq hari ini,

Ketika diperiksa balas Gobind, Syahmeizy setuju bahawa SPRM terletak di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Syahmeizy berkata, hasil siasatannya pada awal 2020 menunjukkan Syed Saddiq bersubahat dengan bendahari Armada ketika itu, Rafiq Hakim Razali untuk menyelewengkan wang dalam akaun sayap Bersatu tersebut.

Keterangan Syahmeizy bertujuan untuk menyokong keterangan Rafiz sebelum ini bahawa Syed Saddiq mengarahkannya untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun tersebut.

Bagaimana dengan Muhyiddin?

Namun, ketika Gobind bertanya berkenaan dakwaan yang Muhyiddin telah mengeluarkan sejumlah besar wang daripada akaun parti tanpa melalui Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Syahmeizy berkata ia bukan satu kesalahan.

Menurutnya, ini kerana pengeluaran itu dibuat untuk kegunaan parti dan bukannya peribadi.

Gobind kemudian bertanya lebih lanjut berkenaan perkara itu, sebelum Syahmeizy mengakui dia tidak pernah membuat siasatan terhadap dakwaan itu.

Ibu bapa Syed Saddiq sebelum ini memberi keterangan bahawa siasatan SPRM terhadap bekas menteri belia dan sukan itu untuk memberi tekanan terhadapnya agar menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Gobind: Jadi, jika ada aduan yang perdana menteri sendiri lakukan kesalahan atau rasuah, memandangkan SPRM di bawah naungan PMO, SPRM tak boleh buat apa-apa terhadapnya, betul?

Syahmeizy: Tak betul.

Gobind: Dalam kes ini, dinyatakan dalam siasatan yang Muhyiddin juga keluarkan sejumlah besar wang daripada akaun Bersatu tanpa kebenaran, betul?

Syahmeizy: Tak pasti.

Gobind: Anda kata anda ambil keterangan dari semua pihak dalam kes ini?

Syahmeizy: Ya.

Gobind: Muhyiddin Yassin adalah presiden Bersatu?

Syahmeizy: Betul.

Gobind: Adakah keterangan Muhyiddin diambil?

Syahmeizy: Tidak.

Syahmeizy menafikan suruhanjaya tersebut mejadi alat politik yang digunakan terhadap sesetengah pihak atau melindungi individu tertentu.

Dia jga berkata hanya ditugaskan untuk siasatan kes RM1 juta yang didakwa dikeluarkan daripada akaun Armada atas arahan Syed Saddiq.

‘Ehsan Sapuan’ memang wujud

Sementara itu, Syahmeizy berkata dia tidak tahu jika seorang pegawai SPRM yang hanya dikenali dengan nama “Ehsan Sapuan” pernah bertemu Syed Saddiq untuk menyuarakan simpati atas siasatan terhadapnya.

Ketika disoal Gobind, dia mengesahkan yang pegawai dengan nama itu memang ada di SPRM.

Gobind kemudian membaca transkrip apa yang didakwa sebagai perbualan antara Ehsan dan Syed Saddiq.

“Saya juga nak kata yang saya di pihak YB (Syed Saddiq). Saya follow YB di IG (Instagram). YB boleh buat kerja, tapi YB jadi mangsa…,” kata Gobind ketika membaca transkrip tersebut.

Syahmeizy kemudian membalas yang dia tidak tahu berkenaan perbualan seumpama itu memang terjadi.

Prosiding di depan pesuruhjaya kehakiman Azhar Abdul Hamid bersambung esok pagi.

-Malaysia Kini

Tags: Gobind Singh DeoKes Syed SaddiqmuhyiddinSPRMSyed Saddiq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Pemilik Kelab Komedi Terima Ugutan Bunuh

Next Post

RM140 Juta Naik Taraf HSA

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post
RM140 Juta Naik Taraf HSA

RM140 Juta Naik Taraf HSA

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd