• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Uji Mekanisme Subsidi Di Stesen Minyak

oleh Mohd Arshad
07/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Akan Uji Mekanisme Subsidi Di Stesen Minyak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan dalam tempoh mengkaji keberkesanan mekanisme subsidi bersasar bahan api sebelum pelaksanaan menyeluruh kepada rakyat.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kajian keberkesanan penting bagi memastikan kelancaran subsidi bersasar itu kelak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, walau bagaimanapun masih tiada tarikh tepat untuk pelaksanaan subsidi bersasar itu dilaksanakan.

“Saya hari ini akan meninjau di beberapa stesen minyak mengenai pelaksaan subsidi bersasar bahan api ini.

“Hasil daripada kajian ini akan dibentangkan kepada kabinet untuk sebarang keputusan akhir sama ada adakah kita yakin dan selesa dengan platform ini,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, ketika ini juga perbincangan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar masih berjalan di peringkat beberapa kementerian terbabit.

Beliau berkata, kerajaan ingin melaksanakan satu mekanisme subsidi bersasar yang kukuh dan tidak memberikan kesan buruk kepada rakyat.

Kajian terlebih dahulu dilaksanakan bagi bahan api katanya adalah kerana ia subsidi terbesar kerajaan dengan unjuran sebanyak RM30 bilion daripada keseluruhan nilai subsidi bagi tahun ini sebanyak RM70 bilion.

Unjuran itu katanya dibuat berasaskan kepada harga minyak brent yang telah pun mencecah RM5 bilion sebulan.

“Keutamaan kerajaan adalah sebarang mekanisme subsidi bersasar ini dapat manfaat kepada semua. Subsidi kita tetap akan laksanakan tetapi memastikan sistem dan pelaksanaannya adalah tepat.

“Ujian seperti ini memberikan hasil tepat kepada kerajaan bagi menentukan tahap penggunaan rakyat.Ini kerana setiap pengguna bahan api adalah berbeza antara luar bandar dan bandar. Sub-segmen subsidi ini perlu diperhalusi,” katanya.

Sebelum ini MOF menyatakan golongan berada atau kumpulan T20 ketika ini lebih banyak menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Manfaat itu termasuk sebahagian besar subsidi bahan api yang telah dinikmati oleh kumpulan berkenaan.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi ke golongan T20 manakala hanya 15 sen dimanfaatkan oleh golongan B40.

Justeru itu katanya adalah penting bagi memastikan subsidi yang diberikan kerajaan ini sampai ke golongan yang memerlukan serta mengelakkan berlakunya ketirisan.

-Berita Harian

Tags: KerajaanMekanisme Subsidistesen minyakuji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Seleweng Minyak Diesel Bersubsidi Rentas Dua Negeri Tumpas

Next Post

Peguam Syed Saddiq Cuba Ketepi Saksi Utama Pendakwaan

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
Peguam Syed Saddiq Cuba Ketepi Saksi Utama Pendakwaan

Peguam Syed Saddiq Cuba Ketepi Saksi Utama Pendakwaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd