• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Terkandas: Reman Terhadap Lima Suspek Disambung Esok

oleh AK-47
13/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Jemaah Terkandas: Reman Terhadap Lima Suspek Disambung Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk sepasang suami isteri pemilik syarikat pelancongan yang ditahan susulan insiden 380 bakal jemaah haji terkandas Khamis lalu, diserahkan semula kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi.

“Tempoh reman terhadap lima individu itu tamat hari ini (Rabu) dan kesemua mereka akan diserahkan ke pihak Polis Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Semua suspek berkenaan akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut berhubung kes itu petang ini dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat esok (Khamis),” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, kira-kira jam 9 malam, Jumaat lepas.

Suspek yang ditahan termasuk pemilik agensi pelancongan itu dan juga isterinya.

Mereka kemudian direman selama tiga hari sebelum tempoh itu dilanjutkan satu hari lagi.

Khamis lepas, media tempatan melaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

-Sinar Harian

Tags: HajiJemaah Terkandasreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd