• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tuntutan Sulu: Jk Pilihan Khas Mula Prosiding 11 Ogos

oleh Mohd Arshad
26/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Tuntutan Sulu: Jk Pilihan Khas Mula Prosiding 11 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN | Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa akan memulakan prosiding berhubung isu Tuntutan Kumpulan Sulu ke atas Aset-aset Negara pada 11 Ogos, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 83(4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) berkata prosiding berhubung isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukakan beberapa Ahli Parlimen menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat.

“Maka jawatankuasa ini telah berbincang dan berpandangan bahawa tuntutan itu (kumpulan Sulu) adalah isu yang sangat serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik berpotensi menjejaskan kepentingan negara.

“Sehubungan itu jawatankuasa ini mengambil keputusan, selaras peranannya seperti ditetapkan oleh Dewan Rakyat untuk menjalankan peranan semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan serta memartabatkan institusi demokrasi berparlimen,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata sebagai permulaan, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipanggil bagi menghadiri prosiding itu.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat), Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru), Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) dan Awang Husaini Sahari (PH-Putatan).

-Malaysia Kini

Tags: Isu Tuntutan SuluJawatankuasa Pilihan Khasprosiding
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Najib Disambut Laungan ‘Hidup Bosku’

Kehadiran Najib Disambut Laungan ‘Hidup Bosku’

06/01/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak dan penyokong PAS berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyertai solidariti terhadap...

Isu Tuntutan Sulu: Malaysia Hargai Mahkamah Rayuan Madrid Kekalkan Sabitan Terhadap Gonzalo Stampa

Isu Tuntutan Sulu: Malaysia Hargai Mahkamah Rayuan Madrid Kekalkan Sabitan Terhadap Gonzalo Stampa

18/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Madrid semalam yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam bulan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd