• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Fitnah: Mahkamah Tolak Permohonan Ahmad Zahid Halang Mahathir

oleh Mohd Arshad
05/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Isu Fitnah: Mahkamah Tolak Permohonan Ahmad Zahid Halang Mahathir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan injunksi interim (sementara) bagi menghalang penyebaran kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan, peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi media selepas prosiding dijalankan melalui sidang video di sini hari ini.

Menurut Shahrul Fazli Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menolak permohonan itu atas alasan isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Zahid selaku plaintif perlu diputuskan melalui perbicaraan.

Sementara itu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir berkata mahkamah menolak permohonan plaintif selepas memutuskan bahawa ini bukanlah peringkat bagi pihak-pihak menghujahkan berkenaan merit kes itu.

Kata peguam itu, justeru mahkamah berpendapat plaintif perlu membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

“Oleh itu, permohonan interim ditolak dengan kos RM5,000. mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes,” kata Mior Nor Haidir.

Pada 20 April lalu, Ahmad Zahid memfailkan saman fitnah terhadap Mahathir berhubung isu penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi.

Ahmad Zahid, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu Minggu lalu (20 April) dengan menamakan Mahathir, 97, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi carian sistem mahkamah, Ahmad Zahid berkata, pada 19 Oktober 2018, beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut kini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Namun plaintif berkata, pada 23 Februari lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu dan disifatkan berbaur fitnah dengan niat jahat merujuk secara terus kepada plaintif dalam satu majlis.

Dakwa plainif, Dr.Mahathir memfitnah bahawa beliau pernah hadir ke rumah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bersama beberapa individu lain bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapinya.

Sebelum ini, Dr.Mahathir mendakwa pertemuan itu berkemungkinan berlaku disebabkan beliau merupakan seorang Perdana Menteri.

Namun diketahui bahawa Ahmad Zahid mungkin dimasukkan ke penjara selain defendan pernah mendengar bahawa Ahmad Zahid juga cuba untuk menghapuskan tindakan terhadapnya melalui mahkamah.

Pada hari yang sama Ahmad Zahid berkata, rakaman video majlis berdurasi 56 minit dan 46 saat itu, kemudian telah diterbitkan secara langsung di Akaun Youtube Astro Awani.

Ekoran kenyataan-kenyataan fitnah defendan telah menyebabkan reputasi plaintif di mata masyarakat tercalar.

-Kosmo Online

Tags: Ahmad ZahidIsu FitnahmahkamahpermohonanTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pelarasan Pencen

Mahkamah Tangguh Keputusan Kes Pelarasan Pencen

09/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan kerajaan terhadap semakan kehakiman mengenai pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd