• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Barang Naik: 9 Pemimpin AMANAH Dirakam Keterangan

oleh AK-47
04/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Himpunan Barang Naik: 9 Pemimpin AMANAH Dirakam Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai enam pemimpin politik hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin untuk dirakam keterangan berhubung penganjuran Himpunan Barang Naik oleh Biro Mobilisasi dan Biro Pengguna di hadapan Masjid Jamek, sejurus selesai solat Jumaat 1 Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua individu tersebut yang merupakan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) hadir bersama peguam masing-masing sekitar jam 9.50 pagi pada Isnin.

Antara yang hadir ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Ir Izham Hashim; ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; Naib Presiden Amanah, Adly Zahari; Ketua Wanita Muda Amanah, Nurthaqaffah Nordin dan wakil Angkatan Wanita Amanah, Anfal Saari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kesemua individu terbabit dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Pada hari ini (Isnin) seramai enam pemimpin parti politik telah dipanggil rakam keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Secara keseluruhan seramai sembilan individu telah dirakam keterangan termasuk Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dan Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda telah dipanggil pada Sabtu dan Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, seorang lagi individu iaitu Setiausaha Agung Amanah merangkap Ahli Parlimen Lumut, Datuk Mohd Hatta Md Ramli akan hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam keterangan pada Rabu.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan pihak polis telah mengenal pasti individu terlibat dalam penganjuran Himpunan Barang Naik oleh Biro Mobilisasi dan Biro Pengguna di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat.

Pihak polis dilaporkan berkata, perhimpunan tersebut tidak memperoleh permit sah untuk berhimpun justeru individu berkenaan dikenalpasti untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

-Sinar Harian

Tags: AmanahHimpunan Barang NaikRakam Keterangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

25 Ogos Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai MB Perlis

Next Post

Jemaah Warga Emas Meninggal Dunia Di Makkah

Related Posts

Polis Rakam Keterangan Guru Prasekolah Didakwa Dera Budak

Polis Rakam Keterangan Guru Prasekolah Didakwa Dera Budak

20/01/2025
0

IPOH: Polis sudah merakam keterangan guru wanita yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah prasekolah di...

SPRM Rakam Keterangan Lima ADUN Sabah

SPRM Rakam Keterangan Lima ADUN Sabah

17/11/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah susulan dakwaan skandal...

Next Post
Jemaah Warga Emas Meninggal Dunia Di Makkah

Jemaah Warga Emas Meninggal Dunia Di Makkah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd