• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Ubat Mungkin Naik – Khairy

oleh Mohd Arshad
26/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Ubat Mungkin Naik – Khairy
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Harga ubat-ubatan di pasaran berkemungkinan akan meningkat ekoran kenaikan kos bekalan dan kos bahan mentah bagi menghasilkan ubat ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, kementeriannya sedang memperincikan pelaksanaan kawalan melalui mekanisme ketelusan harga ubat yang kini dalam penyediaan memorandum untuk kelulusan jemaah menteri.

“Ini adalah ketelusan harga. Saya nak bawa satu dasar supaya syarikat-syarikat farmaseutikal mestilah membentangkan kepada kerajaan mengenai kadar harga yang dijual dan dikenakan terhadap ubat-ubat seperti ubat kanser dan sebagainya.

“Sebab tanpa ketelusan harga, kita tak tahu apa kos sebenar pengeluaran ubat tersebut,. Jadi kita akan bawa satu kertas kerja supaya dapat tahu kos yang adil dan berpatutan untuk ubat tertentu,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai strategi Kementerian Kesihatan dalam menstabilkan harga bahan mentah ubat-ubatan bagi mengelakkan kenaikan lebih tinggi dan jaminan kerajaan terhadap jenis ubat yang akan mengalami kenaikan harga.

Bagaimanapun, kata Khairy, mekanisme mengawal harga ubat-ubatan secara terus di pasaran adalah pilihan terakhir.

“Kerajaan tidak suka mencampur tangan dalam pasaran. Kita pernah, sebagai contoh mengawal harga untuk vaksin Covid-19 terhadap pembekalan sektor swasta. Kkita masuk dan menentukan kawalan harga antara RM130 hingga RM180 dos.

“Ada pelbagai mekanisme kawalan, yang pertama ketelusan harga kita sedang usahakan dan kedua, kawalan terus dalam pasaran perlu dibuat dan akan dibuat sekiranya tidak ada penyelesaian munasabah dari syarikat-syarikat farmaseutikal,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengakui terdapat peningkatan mendadak permintaan ubat untuk penyakit demam, selesema dan batuk, sebagai contoh, penjualan bagi ubat paracetamol didapati meningkat sehingga 238 peratus bagi suku pertama 2022, berbanding data jualan suku pertama bagi tahun sebelumnya.

Katanya, ini meskipun pengeluaran ubat-ubatan tersebut telah ditingkatkan oleh pengilang-pengilang tempatan, malah jumlah ubat yang diimport dari luar negara telah ditingkatkan, dengan bekalan dijangka pulih pada suku keempat 2022.

“Sekarang antara ubat yang sangat kekurangan di pasaran adalah paracetamol, jadi kita bersetuju supaya stok penimbal daripada kerajaan dilepaskan dan dijual di pasaran.

“Bermula 22 Julai, kita menerima pesanan daripada 220 hospital dan klinik swasta dan akan menghantar dua buah bekalan ubat, setiap bekalan mengandungi 1,000 biji bagi setiap klinik dan lima buah bekalan untuk setiap hospital. Harga yang ditetapkan adalah harga asal yang dibeli kerajaan jadi tak ada markup dan harga yang berpatutan.

“Kita juga ada tiga jenis ubat lagi yang boleh dilepaskan dan sedang menerima pesanan daripada hospital dan klinik iaitu Promethazine (ubat selesema), Salbutamol (batuk) dan Teofilin (asma), malah kita akan pastikan harganya adalah harga berpatutan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Harga UbatKhairy JamaluddinNaikubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd