• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Beranak Ditahan Terlibat Pengedaran Dadah

oleh Mohd Arshad
28/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Empat Beranak Ditahan Terlibat Pengedaran Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkarkan kegiatan pengedaran dadah bagi pasaran Lembah Klang apabila empat beranak ditahan pada Isnin lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perbuatan mereka terbongkar selepas polis menahan sepasang suami isteri di sebuah kondominium di Jalan Kuching dan merampas dadah bernilai RM328,385.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, susulan daripada itu kemudiannya membawa kepada penahanan empat beranak yang menjadi pengedar dadah selain turut memproses sendiri bahan terlarang di rumah mereka.

Kata beliau, menerusi operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul kira-kira pukul 1.45 pagi itu telah membawa penahanan suami isteri di sebuah kondominium di Jalan Kuching berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kita menemukan 400 pil Eramin 5 dan satu peket plastik lut sinar mengandungi 70 pil warna biru disyaki ekstasi.

“Polis turut merampas satu peket plastik lutsinar mengandungi 70 pil disyaki ekstasi (24.5 gram) dan satu peket plastik lutsinar disyaki mengandungi ketamin (5.9 gram),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, turut dirampas iaitu wang tunai berjumlah RM2,057 dipercayai hasil jualan dadah.

Tambanya, hasil ujian saringan awal terhadap suspek lelaki mendapati dia positif dadah manakala suspek wanita negatif.

“Berpandukan kedua-dua suspek, satu lagi serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang di tempat letak kereta di kondominium sama dan menahan lelaki berusia 47 tahun bersama anak perempuan tirinya berusia 18 tahun.

“Pemeriksaan dalam kereta milik mereka menemukan 11,000 biji pil disyaki pil Eramin 5 (3,395 gram), dua peket plastik lutsinar dengan satu mengandungi 100 biji pil yang disyaki ekstasi (75 gram) dan lima peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ketamin (250 gram) bersama wang tunai RM7,000 dipercayai hasil jualan dadah,” jelasnya.

Kata beliau, hasil ujian saringan awal terhadap suspek lelaki dapati positif dadah manakala remaja perempuan itu negatif dadah.

“Susulan itu, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Taman Indah Perdana, Kepong pada pukul 6.30 petang dan menahan anak lelaki tiri berusia 19 tahun dan isterinya berumur 38 tahun.

“Hasil pemeriksaan menyeluruh di rumah itu menemukan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ketamin (100 gram) dan sembilan peket plastik lutsinar mengandungi serbuk dipercayai MDMA (90 gram) selain wang tunai berjumlah RM40,000 dipercayai hasil jualan dadah,” ujarnya.

Ujar Eng Lai lagi, suspek turut memproses ketamin di rumahnya mereka dan dijual semula, sementara bagi pil Eramin 5 dan pil ekstasi diperolehi dari pembekal iaitu lelaki tempatan di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

“Siasatan awal kita mendapati isteri dan dua anak tirinya juga terbabit dalam kegiatan itu

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 Julai sehingga 1 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Edar Dadahempat beranakLembah Klang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd