• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Rayuan Rosmah Ketepi Hakim Zaini Didengar 22 Nov

oleh AK-47
14/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Rayuan Rosmah Ketepi Hakim Zaini Didengar 22 Nov
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Nov untuk mendengar dua rayuan Rosmah Mansor agar hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berjumlah RM7 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika dihubungi media, timbalan pendakwa raya Poh Yin Tinn mengesahkan pendengaran kedua-dua rayuan itu ditetapkan pada 9 pagi, 22 Nov.

“Pihak-pihak ini diarahkan untuk memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya 8 Nov,” kata pendakwa raya itu berhubung perintah yang dikeluarkan timbalan pendaftar, Tan Chai Wei semasa pengurusan kes hari ini.

Rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan adalah berhubung dua permohonan yang ditolak oleh Zaini pada 14 Dis tahun lepas dan pada 25 April tahun ini.

Menerusi kedua-dua permohonan itu, Rosmah mendakwa Zaini mungkin bersikap prejudis dan berat sebelah terhadapnya.

Rosmah mendakwa ini disebabkan Zaini turut mendengar kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid terhadapnya.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN,

Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan

Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan mengelakkan cukai pula dibuat mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menuntut Rosmah mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab yang munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

-Malaysia Kini

Tags: Hakim ZainiRayuanrosmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd