• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Suspek Seleweng Insentif Penjana Kerjaya Ditahan SPRM

oleh Mohd Arshad
18/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Lagi Suspek Seleweng Insentif Penjana Kerjaya Ditahan SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu yang terdiri daripada pemilik dan pengarah syarikat susulan penglibatan mereka dalam penyelewengan dana Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya) semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kedua-dua suspek berusia 30-an dan 40-an itu ditahan ketika mereka hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini petang semalam untuk memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua individu tersebut dipercayai telah membuat tuntutan Penjana Kerjaya palsu dan tidak menjalankan sebarang latihan pekerja baharu seperti yang didakwa.

“Terbaharu kita dapati, mereka (suspek) adalah pihak yang mendakwa telah melaksanakan latihan kepada pekerja baharu namun sebenarnya latihan tersebut tiada pun.

“Tiada sesi latihan pekerja baharu seperti yang didakwa malah nama-nama peserta latihan itu dipercayai diperolehi daripada syarikat-syarikat pencari kerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kedua-dua suspek kini ditahan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menegaskan bahawa siasatan berhubung kes berkenaan masih lagi diteruskan.

“Siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana ini akan diteruskan dan mungkin ada beberapa lagi syarikat terlibat yang akan dikenal pasti,” tegas beliau.

Kosmo! Online difahamkan, dengan penahanan dua individu tersebut, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi Ops Hire setakat ini telah mencecah seramai 42 orang.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 14 Julai lalu melaporkan bahawa sebanyak 24 kertas siasatan telah dibuka oleh SPRM berhubung tuntutan palsu insentif Program Penjana Kerjaya membabitkan penipuan sebanyak RM100 juta.

-Kosmo Online

Tags: Insentif Penjana KerjayaSelewengSPRMSuspekTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd