• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Antara Empati Tok Mat Dan Subsidi Rakyat

oleh Mohd Arshad
22/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Antara Empati Tok Mat Dan Subsidi Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

Ini antara intipati kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) beberapa hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Masyarakat kita rencam. Banyak latar, banyak ragam. Komunikasi dan penyampaian dasar mesti bersandarkan empati kepada rakyat.

“Mesti mempunyai nilai ihsan. Mesti ada sisi mendidik dan memberi kesedaran yang tidak bersifat paksaan”

“Kita tidak boleh terus melakukan kesalahan perhitungan dalam perkara paling dasar dan penting. Apa lagi mengambil langkah populis”

“Kerajaan akan terus dibenci. Kerajaan akan terus dipersalahkan dalam segala macam hal dan beban yang sedang ditanggung rakyat”

Tok Mat membuat kenyataan itu sebagai satu bentuk teguran terbuka kepada kerajaan campuran.

Teguran kepada kerajaan campuran usah sewenang-wenang mahu mengurangkan subsidi untuk rakyat.

Kenyataan Tok Mat itu realistik demi kepentingan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup tampak tidak terkawal.

Kerajaan campuran boleh beri apa sahaja peratusan inflasi rendah menjustifikasikan kedudukan ekonomi adalah baik.

Tetapi yang mengalaminya dan mengetahuinya adalah rakyat yang terpaksa berdepan tekanan kewangan.

Teguran Tok Mat itu untuk kepentingan partinya jua kerana beliau sangat memahami asam garam dunia politik.

Tindak tanduk kerajaan yang tidak disukai rakyat sedang digunakan oleh lawan untuk menyerang UMNO.

Saksikan pembangkang tidak serang Bersatu walhal pembuat dasar penting kerajaan adalah daripada Bersatu.

Tok Mat menerangkan dasar ekonomi dan polisi negara tidak boleh dipacu perkiraan ringgit dan sen semata-mata.

Dalam apa-apa dasar yang hendak dilakukan, baik atau buruk, ‘timing’ atau waktu yang tepat adalah kritikal.

Pandangan Tok Mat itu adalah tepat kerana tindakan mengurangkan subsidi pada waktu sukar ini adalah kerja gila.

Meskipun dengan alasan subsidi turut dinikmati oleh golongan T20 – akhirnya B40 dan M20 turut terkena kesannya.

Begitulah cara seorang pemimpin yang menjiwai denyut nadi rakyat berfikir. Bukan bertindak ‘pukul sama rata’.

Dalam berfikir tentang perkara makro, ekonomi mikro atau bersamaan ekonomi rakyat perlu diolah sehabis baik.

Terdapat “wisdom” pada Tok Mat sebagai pakar strategi berpengalaman dalam sektor korporat dan awam.

Malangnya banyak pandangan-pandangan bernas Tok Mat tidak disiarkan oleh media.

Sememangnya kenyataan bernas pimpinan tertinggi UMNO tidak dilaporkan pun sejak kebelakangan ini.

Tidak pasti mengapa.

-Mynewshub

Tags: EmpatiRakyatsubsidiSubsidi RakyatTok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Saksi Hidup… Malaysia Tak Pernah Campur Tangan Konflik Thailand-Kemboja” – Tok Mat

“Saya Saksi Hidup… Malaysia Tak Pernah Campur Tangan Konflik Thailand-Kemboja” – Tok Mat

27/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah campur tangan dalam konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, sebaliknya hanya bertindak sebagai pemudah cara...

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

06/10/2025
0

KOTA KINABALU - Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd