• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Peratus Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

oleh Mohd Arshad
19/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
95 Peratus Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Kira-kira 95 peratus penduduk negara ini didapati tidak makan sayur seperti disaran Kementerian Kesihatan (KKM), yang menjadi antara faktor berlaku penyakit hati berlemak dan berisiko mengalami penyakit jantung serta buah pinggang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata dapatan berkenaan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dilakukan setiap empat tahun sekali bagi melihat literasi kesihatan penduduk negara ini.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk negara ini tidak mengambil sayur dan buah mengikut sukatan pinggan suku-suku separuh dan hanya mengambil sejenis sayur saja setiap kali makan.

“Makan satu jenis sayur saja tidak bagus untuk kesihatan, sebaliknya perlu mengambil pelbagai jenis serat dan warna sayur-sayuran yang elok.

“Jika tidak makan sayur akan kurang zat dan melebihkan pengambilan gula serta karbohidrat ringkas, ia akan menyebabkan sebatian organik itu terbenam dalam badan sebagai lemak.

“Kemudiannya akan pergi ke hati sehingga menjadikan penyakit hati berlemak dan akhirnya ia tidak berfungsi dengan baik sehingga sistem dalam badan kita rosak serta berlakunya penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk penyakit jantung dan buah pinggang,” katanya selepas merasmikan Seminar Saintifik Institut Kesihatan Negara (NIH) ke-23 di sini hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, NHMS 2019 mendapati nisbah 1:15 peratus penduduk negara ini mempunyai penyakit obesiti dan mereka yang mempunyai lemak besar di perut dengan ukur lilit pinggang iaitu lelaki melebihi 90 sentimeter (cm) dan perempuan 80 cm.

“NCD ini umpama bom jangka jika dibiarkan dan kita menggalakkan masyarakat menyertai inisiatif Saringan Kesihatan Nasional supaya memastikan mereka peduli pada kesihatan mereka,” katanya.

Susulan itu, katanya, untuk NHMS akan datang, kerajaan akan menubuhkan satu Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan untuk meningkatkan kefahaman dan penggunaan fasiliti kesihatan yang sedia ada kini.

Bernama-

Tags: KKMpenduduk malaysiasayur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

Penjualan Vape Akan Diharamkan Sepenuhnya – Dzulkefly

10/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengharamkan sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape sebagai langkah membendung penyalahgunaan produk berkenaan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd