• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Kematian Orang Kena Tahan Sejak Januari Lalu

oleh AK-47
15/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
19 Kematian Orang Kena Tahan Sejak Januari Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kematian membabitkan orang kena tahan (OKT) disiasat Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) sejak penubuhan unit itu pada 1 Januari lalu hingga kini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata satu daripada kes terbabit sudah dituduh di mahkamah pada 21 Januari membabitkan empat orang suspek mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kes kematian dalam tahanan polis direkodkan membabitkan sembilan kes di lokap, lapan kes di hospital dan dua dalam perjalanan ke hospital.

“Sebanyak 16 kes kematian lelaki tempatan dan dua lelaki Myanmar termasuk seorang warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, satu kes dirujuk ke koroner manakala 17 kes masih lagi disiasat pihak USJKT, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Sementara itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) bagi membincangkan isu kematian dalam tahanan.

Katanya, SUHAKAM dan SIAP turut dibawa melawat ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini semalam bagi memberi gambaran kepada pihak tersebut mengenai pengoperasian lokap berpusat PDRM.

“Lawatan turut disertai wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Centre For Human Rights Research and Advocacy (Centhra).

“Kolaborasi PDRM bersama agensi lain adalah sebahagian usaha ke arah menangani isu kematian dalam tahanan atau jagaan polis dan menunjukkan keterbukaan serta ketelusan PDRM dalam pengurusan tahanan,” katanya.

BHonline-

Tags: kematianOKTUSJKT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Jemaah Haji Malaysia Dijangkiti Cacar Monyet – Khairy

Next Post

UMNO: RoS Belum Beri Keputusan

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

Next Post
UMNO: RoS Belum Beri Keputusan

UMNO: RoS Belum Beri Keputusan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd