• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warisan Terbuka Bekerjasama Dengan PBS

oleh AK-47
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbuka untuk kerjasama dengan parti tempatan terutama daripada Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau mengakui perlu mendengar suara di pihak akar umbi yang mahukan gabungan dengan parti tempatan di negeri ini.

“Seperti saya nyatakan kena ada juga pihak-pihak di peringkat akar umbi bukan hanya suara dari luar, suara dari parti kita yang mana perlunya ada gabungan dengan parti tempatan dan antaranya yang saya lihat ialah PBS kerana saya kenal mereka.

“Saya tahu rakan-rakan kita dahulu, kita pun satu sekolah dengan Maximus (Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) dan saya juga menjadi menteri kabinet bersama beliau dahulu, di samping itu saya kenal sebahagian pimpinan di peringkat akar umbi.

“Saya rasa kalau itu menjadi satu pilihan, saya nyatakan dengan pimpinan Warisan tidak jadi masalah kalau PBS,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kaamatan Warisan di Dewan Kadamaian Square di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas ucapannya secara terbuka menyatakan mahu bekerjasama dengan PBS.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu menyatakan sekali lagi pendirian untuk mengukuhkan terlebih dahulu partinya dan menyerahkan keputusan kepada PBS sama ada ingin bekerjasama atau sebaliknya.

“Saya sudah keluarkan kenyataan, tetapi setakat ini saya mahu bina ‘rumah’ kita dulu, kuatkan rumah kita dulu dan untuk tempatan, saya tidak kisah sama ada PBS mahu, kalau dia tidak mahu itu terserah dengan mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BekerjasamaPBSwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Bullet Train’ Nuklear China Ancam Barat

Next Post

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd