• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Jadikan LHDNM `Kambing Hitam’ Agenda Politik

oleh Mohd Arshad
29/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Usah Jadikan LHDNM `Kambing Hitam’ Agenda Politik
Share on FacebookShare on Twitter

Objektif penubuhan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah untuk melaksanakan sistem percukaian yang berkesan, adil dan saksama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu terkandung sebagai dokumen rasmi agensi kutipan hasil negara tersebut sejak ia yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan bermula 1 Mac 1996.

Misi LHDNM memaksimumkan pematuhan sukarela, memberikan perkhidmatan terbaik, mengoptimumkan operasi organisasi dan mengekalkan tahap kompetensi tertinggi berteraskan integriti.

LHDNM melaksanakan kegiatan pungutan cukai termasuk dalam aspek penguatkuasaan demi kepentingan negara dan masyarakat tanpa rasa “takut atau pilih kasih”

Berdasarkan keyakinan itu maka kita sepatutnya ada pihak seolah-olah mahu menjadikan LHDNM sebagai `kambing hitam’ dalam agenda politik mereka.

Tentu ramai masih ingat pada Mac tahun lalu sebuah gabungan parti politik mendakwa kononnya LHDNM memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen, pegawai dan ahli keluarga mereka.

Ia berikutan beberapa tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh LHDNM terhadap sebilangan ahli politik daripada gabungan parti politik tersebut.

Ironinya, gabungan politik itu tidak pula berkata demikian apabila LHDNM mengambil tindakan perundangan terhadap seterus politik mereka.

Tuduhan itu namun segera dibalas oleh LHDNM bahawa agensi berkenaan tidak menyimpan maklumat kaum, agama apatah lagi kecenderungan politik individu di dalam pangkalan datanya.

LHDNM seterusnya menjelaskan maklumat sebegitu tidak membantu penilaian risiko sesuatu kes. LHDNM itu ternyata suatu tamparan yang amat baik terhadap pihak yang menuduh.

“Sebagai makluman, sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDN berdasarkan kriteria dari sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian semata-mata,” tegas LHDNM lagi.

Justeru, kita berharap parti politik usahlah menjadikan LHDNM sebagai `kambing hitam’ hanya kerana sesuatu tindakan LHDNM mengundang tempias terhadap mereka.

Biarlah LHDNM melaksanakan tugasnya secara bebas tanpa perlu diletakkan dibawah tekanan politik kerana LHDNM merupakan sebuah badan yang amat penting kepada tanah air.

Sebarang usaha memperlihatkan LHDNM sebagai sebuah agensi yang bias adalah suatu langkah merbahaya kerana kredibiliti LHDNM perlu sentiasa pada tahap tertinggi di mata rakyat.

-Mynewshub

Tags: AgendaKambing HitamLHDNMpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd