• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran Subsidi Cecah RM77.7 Bilion Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
30/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Unjuran Subsidi Cecah RM77.7 Bilion Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun ini kini mencecah RM77.7 bilion selepas mengambil kira peruntukan tambahan subsidi ayam dan telur sebanyak RM370 juta bagi bulan Julai dan Ogos.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi tempoh lima bulan (Februari hingga Jun), kerajaan menyediakan peruntukan kira-kira RM730 juta bagi menampung subsidi harga kedua-dua barangan makanan itu.

Tengku Zafrul berkata, dengan pengumuman terkini subsidi, kerajaan menyediakan RM1 bilion untuk membantu rakyat iaitu subsidi tambahan ayam dan telur untuk dua bulan serta bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula 27 Jun lalu.

“Hakikatnya, kerajaan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup.

“Jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ASEAN, harga ayam di Malaysia adalah antara yang terendah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, tekanan inflasi tahun ini merupakan fenomena global di mana harga minyak mentah Brent kekal melebihi AS$100 setong semenjak hujung Mac lalu.

Kata beliau, dengan gangguan rantaian bekalan dunia yang menjejaskan bekalan baja dan makanan ternakan, fenomena itu sekali gus meningkatkan harga makanan dengan mendadak.

Ujar beliau, sebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada tekanan inflasi global, justeru, kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan sepenuhnya.

“Umum mengetahui bahawa kadar inflasi di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mencecah 9 peratus, manakala Thailand adalah 7 peratus dan Singapura dan Filipina melebihi 5 peratus.

“Berdasarkan simulasi oleh Jabatan Perangkaan Negara, tanpa sebarang subsidi kerajaan, kadar inflasi Malaysia bagi bulan Mei 2022 boleh mencecah sehingga 11.4 peratus, namun dasar subsidi telah membantu membendung inflasi di Malaysia pada tahap 2.8 peratus.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai bagi melindungi rakyat daripada beban kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Kosmo-

Tags: BKMTengku Datuk Seri Zafrulunjuran subsidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PTPTN Lancar Pelan Antirasuah, Bukti Serius Tangani Rasuah

Next Post

Singapura Import Ayam Dari Indonesia

Related Posts

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

07/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

07/10/2022
0

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan kepada ibu isi rumah penerima Bantuan...

Next Post
Singapura Import Ayam Dari Indonesia

Singapura Import Ayam Dari Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd