• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Perlu Bercakaran Soal Tarikh PRU-15

oleh AK-47
04/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru seluruh anggota jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak perlu terlalu bimbang tentang penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sebaliknya, katanya, jentera BN hanya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya.

“Gerak kerja jentera perlu terus melangkah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak menolak bila-bila masa sahaja PRU akan diadakan.

“Tidak perlu antara kita bercakaran dan bertikam lidah tentang bila waktu terbaik pilihan raya diadakan.

“Fokus utama kita persediaan rapi untuk memastikan maklumat mengenai kebaikan dan jasa BN kepada pembangunan negara sampai ke telinga rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Malah, katanya, pemimpin tertinggi BN sudah pun menyeru semua agar bersedia untuk bertempur dalam PRU-15 bagi menawan Putrajaya.

“Setiap pilihan raya pastinya ada pelbagai risiko, namun, keyakinan kita dengan jentera yang kuat dan bersiap sedia, ia bakal menyumbang sekurang-kurangnya 50 peratus kemenangan.

“Maka, penting untuk pemberian tugas yang sistematik, kempen berkesan, peraih undi yang bekerja keras selain setiap akar umbi memanfaatkan penggunaan media sosial.

“Jentera BN perlu kerja berpasukan, berdisiplin dan teruskan kesetiaan kepada parti. Siapkan mental dan fizikal untuk ‘berperang’,” katanya.

Utusan Online

Tags: PRU-15Tarikh PRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd