• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teori Peluru Berpandu Russia Jatuhkan MH17 Gagal Dibuktikan – Peguam

oleh Mohd Arshad
10/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE : Peguam bela bagi suspek yang dituduh menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines MH17 menyatakan pihak pendakwa gagal membuktikan peluru berpandu buatan Russia menembak jatuh pesawat berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peguam bela yang mewakili suspek Oleg Pulatov, Sabine ten Doesschate, berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan daripada perbualan, imej dan kenyataan saksi bahawa peluru berpandu berkenaan yang menjatuhkan MH17.

“Walaupun peluru berpandu dilancarkan, ia tidak dapat dibuktikan secara konklusif, ia adalah peluru berpandu yang menembak jatuh MH17.

“Terdapat kelompangan dalam kes pendakwaan kerana mereka terlalu tertumpu untuk membuktikan kumpulan pemisah menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan Russia.

“Sebagai contoh, ia tidak dapat dibuktikan bahawa jejak asap yang menurut pendakwa raya dilihat sejurus selepas peluru berpandu dilepaskan, sebenarnya adalah milik peluru berpandu BUK,” katanya pada sesi pendengaran yang diadakan di mahkamah berhampiran lapangan terbang Schiphol di mana pesawat MH17 berlepas.

Pesawat penumpang itu ditembak jatuh ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 hingga membunuh kesemua 298 penumpang termasuk anak kapalnya, ketika tentera Kyiv memerangi pemisah pro-Russia di timur Ukraine yang dilanda perang.

Perbicaraan terhadap empat lelaki yang berlangsung sejak Mac 2020 turut mengambil kira pencerobohan Russia ke atas jirannya, yang mana banyak jenayah perang baharu didakwa.

Pendakwa raya pada Disember menggesa hukuman penjara seumur hidup bagi empat lelaki warga Russia yang terbabit iaitu Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine Leonid Kharchenko.

Bagaimanapun, hanya Pulatov mempunyai peguam bela dan tiada seorang pun daripada suspek lain hadir di mahkamah.

-Berita Harian

Tags: Gagal DibuktikanMH17PeguamRussiaTeori Peluru Berpandu Russia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd