• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taliban Pakistan Isytihar Gencatan Senjata Dengan Islamabad

oleh AK-47
03/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL: Taliban Pakistan mengisytiharkan gencatan senjata dengan Islamabad, tanpa penetapan tempoh tertentu, sejajar ‘kemajuan besar’ dicapai dalam rundingan damai yang berlangsung di ibu kota Afghanistan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa pada tahun lalu, semakin banyak dakwaan Islamabad berhubung serangan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), terutama di sepanjang sempadan pergunungan dengan Afghanistan.

Rundingan damai yang digerakkan Taliban Afghanistan di Kabul sejak beberapa minggu lalu, membawa Islamabad bersemuka dengan TTP selepas konflik berlarutan lebih sedekad.

Usaha itu berjaya mencatat perkembangan memberangsangkan selepas delegasi baharu pemimpin puak dari Pakistan tiba di Kabul, Selasa lalu, untuk pusingan baharu dalam rundingan dengan TTP.

“Hasil mesyuarat selama dua hari, kemajuan besar telah dicapai. Susulan itu, kepimpinan TTP melanjutkan gencatan senjata hingga makluman lanjut,” kata jurucakap kumpulan itu, Muhammad Khurasani dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kabul.

Sebelum ini, gencatan senjata dipersetujui hingga 30 Mei lalu sempena perayaan Aidilfitri, namun ia berterusan hingga kini.
“Bagi terus membawa rundingan itu ke depan lagi, mesyuarat lanjut akan diadakan,” kata Khurasani.

Sementara itu, pegawai Kerajaan Pakistan yang enggan dikenali memaklumkan bahawa rundingan diadakan di Kabul itu sedang menuju ‘ke arah positif’.

Wilayah pergunungan di sempadan Afghanistan dan Pakistan telah sekian lama dibelenggu kemelut pertempuran.

Tahun lalu, Pakistan mengadakan rundingan damai dengan TTP ketika gencatan senjata selama sebulan, namun gencatan senjata itu akhirnya gagal bertahan.

UtusanOnline-

Tags: gencatan senjataPakistantaliban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gencatan Senjata: Israel, Hamas Capai Kata Sepakat Dalam ‘Kebanyakan’ Perkara – Trump

Gencatan Senjata: Israel, Hamas Capai Kata Sepakat Dalam ‘Kebanyakan’ Perkara – Trump

11/10/2025
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan terhadap "kebanyakan” perkara...

Morgan Ortagus Dikecam Selepas Veto Gencatan Senjata Di Gaza

Morgan Ortagus Dikecam Selepas Veto Gencatan Senjata Di Gaza

20/09/2025
0

NEW YORK – Utusan khas Amerika Syarikat ke Asia Barat, Morgan Ortagus, berdepan kecaman hebat selepas menggunakan kuasa veto bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd