• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbangan Kepada KJ Tidak Dilakukan Secara Terus – Wan Quoris

oleh Mohd Arshad
13/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) dikatakan memberikan sumbangan berjumlah antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada UMNO Bahagian Rembau melalui Timbalan Ketua Bahagiannya, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sumbangan tersebut diakui bekas pengarahnya, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan bagaimanapun, dana tersebut tidak diberikan secara terus kepada Menteri Kesihatan itu sebaliknya diuruskannya sendiri menerusi pelbagai program, bantuan politik dan kebajikan.

Justeru, saksi pendakwaan ke-16 (SP16) itu mendedahkan, sumbangan tersebut tidak diberikan secara tetap atau bulanan, namun disalurkan bergantung kepada keperluan.

“Bercakap tentang keperluan kewangan disebabkan program kebajikan dan program rasmi peringkat bahagian. Tiada jumlah spesifik, sebab saya uruskan sendiri bantuan, bergantung kepada keadaan. Kalau berlaku bencana boleh mencecah sehingga RM200,000.

“Betul (paling sedikit RM50,000). Saya tidak beri terus kepada Khairy, saya urus sendiri, maksudnya kalau ada program kecemasan, saya boleh control dari segi penggunaan kewangan.

“Sudah pasti (tiada peruntukan khusus untuk KJ), beliau tidak ada kena mengena dengan UKSB, jadi tak perlu saya hendak berikan peruntukan dalam jumlah yang besar kepada beliau,” katanya dihadapan Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa.

Jelas Wan Quoris lagi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berperanan lebih besar berkaitan UKSB dan Visa Luar Negara (VLN) iaitu mempunyai kontrak dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Ketika itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri serta memegang jawatan Timbalan Presiden dalam parti.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan nama Khairy Jamaludin disebut dalam ‘buku faraid’ sebagai ‘KJ’ menerusi keterangan SP15, bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun.

Selain KJ, terdapat individu lain yang dipanggil sebagai ‘bomoh’ serta Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Akhbar Khan yang disebut sebagai ‘AK’, serta ‘FM’ singkatan bagi Foreign Minister (Menteri Luar Negeri).

Ahmad Zahid Hamidi berdepan 33 pertuduhan berjumlah 13.56 juta Dolar Singapura daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya melanjutkan kontrak pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai 1,150,000 Dolar Singapura, RM3 juta, 15,500 Euro dan 15,000 Dolar Amerika Syarikat tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya.

-Utusan Online

Tags: KJsumbangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1,571 Kes Baru, Satu Kematian Covid-19

Next Post

Edar Dadah, Tukang Cat Dihukum Gantung

Related Posts

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

Ada Orang Curi Nombor IC KJ Untuk Daftar PADU

29/03/2024
0

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya digunakan pihak lain dalam Pangkalan Data Utama...

Next Post

Edar Dadah, Tukang Cat Dihukum Gantung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd