• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Dilanda Krisis ‘Nasi Ayam’

oleh Mohd Arshad
03/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kumpulan peniaga di Singapura meluahkan kebimbangan bekalan ayam yang semakin berkurangan bakal menjejaskan jualan dan meningkatkan harga pasaran, lapor stesen penyiaran CNN, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Situasi ini berlaku susulan pengumuman penghentian eksport ayam oleh negara jiran, Malaysia bermula bulan ini bagi menstabilkan bekalan domestik.

Pada kebiasaannya, Singapura akan mengimport sekitar 3.6 juta ayam segar dari Malaysia bagi menampung permintaan rakyat republik itu.

Larangan itu dijangka memberi impak besar ke atas rakyat Singapura, apatah lagi kerana hidangan signatur Kota Singa itu adalah nasi ayam.

Meskipun Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang namun ia masih tidak dapat menenangkan keresahan para peniaga yang yakin harga ayam akan meningkat dengan mendadak.

Buat masa ini, peniaga membayar SGD$3 (RM9.60) untuk seekor ayam namun ia dijangka akan meningkat sehingga SGH$4 (RM12.80) hingga SGD$5 (RM16.00).

“Setiap satu dollar yang bertambah sangat membebankan. Pembekal sudah memberitahu kami untuk bersiap sedia berdepan peningkatan harga ayam segar lebih tinggi.

“Peningkatan kos pada seekor ayam mungkin hanya satu dollar namun saya perlu mendapatkan stok sekurang-kurangnya 100 ekor setiap hari dan ia akan menjadi terlampau mahal,” ujar peniaga ayam, Jalehar.

‘Krisis nasi ayam’ seperti yang digelar penduduk tempatan hanyalah satu daripada ratusan petanda terbaharu mengenai isu kekurangan bekalan makanan yang sedang dirasai di seluruh dunia.

Penduduk tempatan pada minggu ini cuba mendahului kemungkinan lonjakan harga dengan membeli ayam secara pukal hingga menjejaskan peniaga untuk memenuhi stok bagi jualan harian mereka.

Kebimbangan tentang kekurangan ayam juga semakin ketara apabila barisan beratur luar biasa di kebanyakan gerai nasi ayam di seluruh Singapura kerana pelanggan bimbang, itu mungkin kali terakhir mereka menikmati hidangan ikonik berkenaan.

Sementara itu, kebanyakan peniaga nasi ayam menolak menggunakan ayam sejuk beku sebagai alternatif kepada ayam segar kerana ia akan menjejaskan kualiti hidangan popular itu.

“Jika anda rasakan nasi ayam adalah sedap jika menggunakan ayam sejuk beku, anda boleh pergi ke Malaysia kerana itulah rasa nasi ayam mereka sekarang,” kata seorang penjaja, Madam Tong.

Kosmo-

Tags: Bekalan Ayampenghentian eksport ayamSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd