• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Aduan Berkaitan Aktiviti Jualan Durian Diterima KPDNHEP

oleh AK-47
20/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengalu-alukan kerjasama diberikan peniaga buah durian untuk terus menjalankan aktiviti perniagaan secara jujur.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga durian perlu beretika dan tidak mengambil kesempatan dengan pelakuan manipulasi harga mahu pun timbangan.

Katanya, peniaga juga disarankan menggunakan alat timbangan yang bersesuaian dalam urus niaga penjualan durian.

“Kepentingan pengguna dan ekosistem peniaga adalah keutamaan kami di KPDNHEP.

“Sokongan serta kerjasama semua pihak amat diperlukan.

“Setiap kali musim durian tiba, memang kita akui pelbagai aduan diterima oleh KPDNHEP berkaitan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh peniaga durian,” katanya.

Menurutnya, anggota penguatkuasa KPDNHEP sentiasa mengadakan pemeriksaan dan dari 1 Januari hingga 19 Jun lalu, sebanyak 256 pemeriksaan sudah dijalankan.

“Setakat 19 Jun 2022, sebanyak sembilan aduan berkaitan aktiviti penjualan durian diterima.

“Tiada tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang betul dan harga jualan yang terlalu mahal menjadi antara aduan yang diterima oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan merangkumi elemen seperti meletakkan tanda harga dengan jelas, mempamerkan jenis durian, menggunakan alat timbang yang sesuai dan memastikan alat timbang masih dalam tempoh tentusah.

-Harian Metro

Tags: aduanAktiviti Jualan DurianKPDNHEP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

15/11/2025
0

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan di 25 lokasi di seluruh negeri hari ini...

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

25/09/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd