MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, menerima jemputan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia pada November, menurut penasihat dasar luar negara itu, Yury Ushakov, semalam.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Bagaimanapun, keputusan mengenai format – kehadiran secara peribadi atau maya – masih belum diputuskan, Ushakov dipetik sebagai berkata dalam taklimat media di Moscow.
“Ya, kami mengesahkan penyertaan (Putin). Mereka menjemput (Presiden) ke mesyuarat secara bersemuka, tetapi masih banyak masa. Saya berharap pandemik kali ini membolehkan forum penting itu diadakan secara bersemuka,” katanya.
Beliau berkata Indonesia menghantar jemputan rasmi meskipun mendapat tekanan hebat daripada negara-negara Barat, lapor Agensi Anadolu.
Format penyertaan akan dibincangkan ketika pertemuan Putin dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Russia pada 30 Jun.
“Kami berterima kasih kepada (Indonesia) atas jemputan itu dan menyampaikan hasrat berminat untuk mengambil bahagian. Masih banyak masa. Kita tunggu dan lihat,” tambahnya.
Bernama-


