• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Video Tular Sokong Hina Nabi

oleh AK-47
15/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung video itu yang dimuat naik menggunakan nama @ganggarammahto280.

Katanya, dalam video itu individu berkumpul menyatakan pendirian mereka menyokong tindakan ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

“Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.

“Siasatan berhubung video berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyerahkan kepada pihaknya untuk melakukan siasatan lanjut, selain menggalakkan orang ramai cakna terhadap sebarang perkara yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Isu Hina NabipolissiasatTular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd