Ahli arkeologi berjaya menemui dan mendedahkan peninggalan kota Maya yang berusia beberapa abad, ketika bekerja di wilayah Yucatan, Mexico.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Bandar Xiol – yang bermaksud ‘roh manusia’ dalam bahasa Maya dipercayai didiami kirakira 4,000 orang antara tahun 600 dan 900.
Kawasan itu ditemui buat kali pertama pada 2018 di tapak pembinaan untuk taman perindustrian berhampiran dengan bandar Merida di utara pesisir pantai Yucatan.
Ahli arkeologi dari Institut Antropologi dan Sejarah Negara (INAH) kemudian mengambil alih tapak berkenaan.
Menurut delegasi bagi pusat INAH di Yucatan, Arturo Chab Cardenas, penemuan bandar Maya itu sangat penting kerana kecanggihan seni binanya selain sudah dibaik pulih, walaupun terletak di atas kawasan tanah peribadi.
Tapak itu sangat diminati kerana seni bina gaya Puuc terkenal kerana digunakan untuk membina piramid Chichen Itza yang lebih biasa ditemui di bahagian selatan wilayah Yucatan.
Ahli arkeologi juga mempamerkan susunan istana, piramid dan plaza yang ditemui di tapak serta bukti bahawa pelbagai lapisan kelas masyarakat sosial pernah tinggal di sana.
“Terdapat individu daripada kelas sosial yang berbeza seperti paderi, tukang tulis yang tinggal di istana besar ini dan ada juga orang biasa yang tinggal di bangunan kecil.
“Seiring dengan perjalanan waktu, kawasan bandar (di kawasan itu) berkembang dan banyak tinggalan arkeologi dimusnahkan, tetapi kami sebagai ahli arkeologi juga terkejut, kerana tidak sangka akan menemui tapak yang terpelihara dengan baik,” menurut Carlos Peraza, antara seorang ahli arkeologi yang mengetuai ekspedisi penggalian.
Salah seorang pemilik tanah di mana Xiol ditemui, Mauricio Montalvo, menjelaskan bagaimana pada mulanya mereka hanya melihat batu gergasi dan ketika terus menggali, sebuah bangunan besar mula muncul.
“Ia sangat menakjubkan, kami memaklumkan kepada INAH dan sedar bahawa kami perlu menukar rancangan asal untuk syarikat kerana adalah lebih penting untuk memelihara peninggalan Maya,” katanya.
Penyelidik berkata, mereka menemui mayat 15 orang dewasa dan kanak-kanak di tanah perkuburan berdekatan, di mana mayat dikebumikan dengan batu obsidian yang berasal dari kawasan kini dikenali sebagai Guatemala selain harta benda lain.
Beberapa peralatan dan seramik zaman pra klasik (700-350 Sebelum Masihi) turut dipamerkan oleh penyelidik.
Tapak itu terletak di bahagian tengah/selatan Semenanjung Yucatan, di selatan Mexico dan termasuk peninggalan bandar Maya yang penting iaitu Calakmul, terletak jauh di dalam hutan tropika Tierras Bajas.
Bandar berkenaan memainkan peranan penting dalam sejarah wilayah itu selama lebih 12 abad, ia bercirikan struktur yang terpelihara dengan baik, sekali gus memberikan gambaran jelas mengenai kehidupan di ibu kota Maya purba.
Hartanah itu juga termasuk dalam kawasan panas biodiversiti Mesoamerika, yang ketiga terbesar di dunia, merangkumi semua ekosistem sub tropika dan tropika dari Mexico tengah hingga Terusan Panama.
Jumlah keluasan hartanah tambahan itu adalah 331,397 hektar, dikelilingi oleh zon penampan seluas 391,788 hektar yang menyamai keluasan keseluruhan Rizab Biosfera Calakmul.
Hartanah terbabit, walaupun pada masa kini hampir tidak berpenghuni dan diliputi oleh hutan tropika, adalah nadi kepada kawasan itu pada pertengahan milenium pertama Sebelum Masihi hingga kira-kira 1000 Masihi, iaitu ketika tamadun Maya mencapai kemuncaknya.
Namun, ia juga mengalami kejatuhan yang paling dramatik, sehingga mengakibatkan pengabaian penempatan yang dahulunya berkembang pesat.
Selain Calakmul, tapak arkeologi terbesar, di mana terletaknya Kaan, adalah salah satu dinasti Maya paling berkuasa yang diduduki ketika zaman Klasik Akhir.
Tinggalan berpuluh-puluh penempatan purba lain turut ditemui di kawasan itu, termasuk beberapa pusat bandar utama dengan kompleks seni bina yang besar serta monumen berukir.
Bersama dengan tinggalan penempatan, jalan antara tapak dan intra tapak (sacbÈs), sistem pertahanan, kuari, ciri-ciri pengurusan air (seperti takungan dan aguadas atau kolam air yang diubah suai secara buatan) dan teres pertanian turut ditemui.
Pengubahsuaian tanah lain yang berkaitan dengan sistem produktif dan strategi sara hidup juga menjadi sebahagian daripada landskap budaya purba yang sangat kaya dan terpelihara dengan baik.
Penggalian di Calakmul dan Uxul berjaya mendedahkan hiasan dan lukisan mural di beberapa piramid serta istana kuil besar, selain pengebumian raja dan bangsawan yang mengandungi pelbagai jenis perhiasan badan dan objek lain, termasuk topeng jed, gelendong telinga dan bekas tembikar polikrom.
Ukiran hieroglif pada tiang batu, mazbah dan elemen bangunan mendedahkan fakta penting mengenai penubuhan wilayah dan sejarah politik serta beberapa rekod epigrafi memberikan maklumat yang tidak ditemui di tempat lain di tamadun Maya.
BHonline-

