• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut Rakyat: Onn Hafiz

oleh AK-47
26/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut Rakyat: Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu isu sehingga sanggup menggunakan tindakan tidak beretika menghasut rakyat turun ke jalanan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan Ketua Pembangkang Johor, Liew Chin Tong supaya Barisan Nasional (BN) dan blok pembangkang negeri mengamalkan pendekatan bipartisan dipersetujui, namun ia memerlukan keikhlasan kedua-dua pihak.

“Jangan dalam dewan cakap lain tetapi dalam Facebook kita cakap lain. Jangan kita jadi talam dua muka.

“Sebagai contoh, baru-baru ini seorang daripada pemimpin tertinggi DAP Johor telah menghasut rakyat pergi ke jalanan untuk menyelesaikan isu kenaikan harga barang. Kononnya, pemimpin-pemimpin sedang dibuai lena,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Kota di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, DUN Johor, Datuk Jefridin Atan berkata, pembangkang perlu lebih jujur ketika berpolitik kerana rakyat tidak suka parti terlampau ‘politiking’.

Katanya, untuk mengheret rakyat ke jalanan bagi menyelesaikan isu bebanan seperti kenaikan harga merupakan perkara yang tidak dapat diterima.

“Kita tidak suka kepada parti politik yang terlampau ‘politiking’ yang hendak mengheret rakyat ke jalanan untuk selesaikan masalah.

“Berhentilah berpolitik dengan cara ini, pembangkang perlu jujur kerana mereka di dalam DUN bercerita lain, tetapi di dalam Facebook dan Twitter tidak mengaku dengan apa yang mereka katakan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: menghasutOnn HafizpembangkangRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

‘Indonesia Kaya Tapi Rakyat Masih Ramai Miskin’-Prabowo

11/01/2026
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, meluahkan keprihatinan mendalam terhadap realiti negaranya yang kaya dengan sumber daya alam, namun masih...

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

06/10/2025
0

KOTA KINABALU - Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd